PP Bil.03/2017 Kemudahan Cuti Umrah

PP Bil.03/2017 Pekeliling Kemudahan Cuti Umrah

Tujuan Pekeliling Kemudahan Cuti Umrah di keluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan bagi kemudahan cuti umrah yang merupakan cuti tanpa rekod untuk pegawai perkhidmatan awam persekutuan yang beragama Islam menunaikan ibadah umrah sekali sepanjang tempoh perkhidmatan.

 

Pelaksanaan

 

Pelaksanaan kemudahan Cuti Umrah adalah seperti yang berikut :

  • Cuti Umrah adalah bagi maksud menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah dan ziarah di Madinah;
  • Cuti Umrah adalah cuti tanpa rekod yang diperuntukkan kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan yang beragama Islam dan bertaraf tetap;
  • Cuti Umrah adalah tertakluk kepada maksimum tujuh (7) hari;
  • Cuti Umrah adalah tidak termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am;
  • Perkiraan tujuh (7) hari bagi maksud ibadah umrah bermula dari tarikh penerbangan sebenar menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah dan ziarah di Madinah. Sekiranya tarikh penerbangan bermula pada hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am, maka perkiraan tujuh (7) hari akan bermula pada hari bekerja berikutnya;
  • Sekiranya pegawai memerlukan tempoh melebihi tujuh (7) hari atas sebab-sebab tertentu, maka pegawai boleh memohon untuk menggunakan kemudahan Cuti Rehat, Cuti Rehat Khas atau Cuti Tanpa Gaji atas urusan
    persendirian, tertakluk pada kelayakan cuti pegawai;
  • Cuti Umrah adalah diberikan sekali sahaja (one-off) sepanjang tempoh perkhidmatan, yang meliputi perkhidmatan di bawah semua Pihak Berkuasa Melantik. Sekiranya tempoh Cuti Umrah yang digunakan adalah kurang daripada tujuh (7) hari, baki cuti yang tidak digunakan tidak boleh dibawa ke hadapan;
  • Permohonan Cuti Umrah yang dikemukakan hendaklah disertakan dengan dokumen perjalanan bagi kelulusan Ketua Jabatan;
  • Ketua Jabatan hendaklah mengambil kira keperluan dan kepentingan perkhidmatan dalam mempertimbangkan/meluluskan permohonan kemudahan ini; dan
  • Kemudahan Cuti Umrah hendaklah dicatatkan dalam Buku Rekod Perkhidmatan pegawai.

 

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaanya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PP Bil.03/2017 Pekeliling Kemudahan Cuti Umrah

Secara ringkasnya, pekeliling ini menjelaskan tentang cuti umrah dimana ianya merupakan cuti tanpa rekod untuk pegawai perkhidmatan awam persekutuan yang beragama Islam menunaikan ibadah umrah sekali sepanjang tempoh perkhidmatan.

Nama Pekeliling : Kemudahan Cuti Umrah 

Format Fail : PDF

Download : PP Bil.03/2017 Kemudahan Cuti Umrah

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

One Response

  1. paremes

Add Comment