SPP Bil.06/2007 Pekeliling Pengisytiharan Persatuan Ikhtisas

Pekeliling Pengisytiharan Persatuan Ikhtisas

Tujuan Pekeliling Pengisytiharan Persatuan Ikhtisas dikeluarkan

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk mengisytiharkan persatuan ikhtisas di bawah Perintah Am 45 Bab C.

Pengishtiharan

Dengan ini, Persatuan Onkologi Malaysia (The Malaysian Oncological Society) diisytiharkan sebagai Persatuan Ikhtisas di bawah Perintah Am 45 Bab C.

Pindaan

Jadual Persatuan-persatuan Ikhtisas dalam Lampiran “A” kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1977 adalah dipinda dengan menambah nama persatuan yang berikut:

“Persatuan Onkologi Malaysia
( The Malaysian Oncological Society )”

 

Tarikh Kuat Kuasa

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Surat Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

SPP Bil.06/2007 Pekeliling Pengisytiharan Persatuan Ikhtisas

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk mengisytiharkan persatuan ikhtisas di bawah Perintah Am 45 Bab C.

Nama Pekeliling : Pengisytiharan Persatuan Ikhtisas

Format Fail : PDF

Download : SPP Bil.06/2007 Pekeliling Pengisytiharan Persatuan Ikhtisas

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!