SPP Bil.11/2006 Pekeliling Pindaan Kadar Imbuhan Tetap Perumahan Kepada Konstabel, Lans Koperal dan Koperal dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia

PP Bil.01/2017 Pekeliling Bayaran Pembaharuan Lesen Memandu

Tujuan ekeliling Pindaan Kadar Imbuhan Tetap Perumahan Kepada Konstabel, Lans Koperal dan Koperal dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia dikeluarkan

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan Kerajaan bagi meminda kadar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) kepada anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang berpangkat Konstabel, Lans Koperal dan Koperal.

Latar Belakang

Kadar ITP semasa kepada PDRM telah diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1994. Kerajaan telah bersetuju untuk meminda kadar ITP kepada anggota polis berpangkat Konstabel, Lans Koperal dan Koperal selaras dengan pindaan syarat lantikan daripada lulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) kepada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya.

Pelaksanaan

Anggota Pasukan Polis DiRaja Malaysia berpangkat Konstabel, Lans Koperal dan Koperal layak menerima kadar baru ITP. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini tidak meliputi anggota Polis Tambahan dan Polis Orang Asli dengan pangkat yang sama.

Kadar Baru ITP

Kadar baru ITP adalah ditetapkan seperti berikut:

 

Tarikh Kuat Kuasa

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2006.

Pindaan

Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, maka Perenggan 3 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1994 yang berkaitan dengan kadar ITP bagi Konstabel, Lans Koperal dan Koperal adalah dipinda kecuali:

(i) Bagi anggota yang tidak menerima tawaran pertukaran pelantikan ke skim perkhidmatan yang baru melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2003.

(ii) Bagi Konstabel dengan kelulusan PMR/SRP yang memilih terima skim perkhidmatan yang baru melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2003 tetapi belum genap 6 (enam) tahun perkhidmatan pada 31 Disember 2003. ITP dengan kadar baru seperti perenggan 4 di atas dibayar apabila anggota mendapat kelayakan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau genap 6 (enam) tahun perkhidmatan di mana tempoh berkhidmat selama 6 (enam) tahun yang boleh dimasuk kira hendaklah dalam perkhidmatan tetap, tidak termasuk tempoh cuti tanpa gaji.

 

SPP Bil.11/2006 Pekeliling Pindaan Kadar Imbuhan Tetap Perumahan Kepada Konstabel, Lans Koperal dan Koperal dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan Kerajaan bagi meminda kadar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) kepada anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang berpangkat Konstabel, Lans Koperal dan Koperal.

Nama Pekeliling : Pindaan Kadar Imbuhan Tetap Perumahan Kepada Konstabel, Lans Koperal dan Koperal dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia

Format Fail : PDF

Download : SPP Bil.11/2006 Pekeliling Pindaan Kadar Imbuhan Tetap Perumahan Kepada Konstabel, Lans Koperal dan Koperal dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!