SPP Bil.01/2008 Pekeliling Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Oleh Pegawai Awam

Pekeliling Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Oleh Pegawai Awam

Tujuan Pekeliling Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Oleh Pegawai Awam dikeluarkan

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menyampaikan keputusan Kerajaan mengenai kewajipan memakai pakaian batik oleh pegawai awam pada setiap hari Khamis.

Latar Belakang

Dalam usaha menyokong perkembangan dan pembangunan industri batik negara yang merupakan warisan dan identiti negara, Kerajaan telah memutuskan supaya pakaian batik Malaysia dipakai oleh pegawai awam pada hari pertama dan hari ke-15 setiap bulan melalui Surat Edaran JPA(S)TT. 193/37 Jld.4 (86) bertarikh 30 Jun 2005. Arahan ini juga dijelaskan di perenggan 4, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006 iaitu mengenai fesyen pakaian batik Malaysia alternatif pegawai lelaki.

Untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan pemakaian batik Malaysia oleh pegawai awam, Kerajaan telah bersetuju supaya arahan tersebut dipinda sewajarnya.

Pindaan Hari Pemakaian Batik Malaysia

Kerajaan telah memutuskan supaya hari pemakaian batik oleh pegawai awam iaitu pada hari pertama dan hari ke-15 setiap bulan dipinda kepada setiap hari Khamis. Pindaan ini juga melibatkan hari pemakaian fesyen pakaian batik Malaysia alternatif pegawai lelaki seperti yang ditetapkan di perenggan 4, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2006.

 

Pengecualian

Arahan pemakaian batik pada setiap hari Khamis ini tidak terpakai kepada pegawai yang dibekalkan dengan pakaian seragam, pegawai yang menghadiri acara-acara rasmi seperti persidangan-persidangan antarabangsa, perjumpaan dengan pelawat-pelawat asing atau pegawai yang menghadiri majlis rasmi yang menetapkan pemakaian jenis pakaian yang lain.

Tarikh Kuat Kuasa

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan.

SPP Bil.01/2008 Pekeliling Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Oleh Pegawai Awam

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan menyampaikan keputusan Kerajaan mengenai kewajipan memakai pakaian batik oleh pegawai awam pada setiap hari Khamis.

Nama Pekeliling : Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Oleh Pegawai Awam

Format Fail : PDF

Download : SPP Bil.01/2008 Pekeliling Pemakaian Pakaian Batik Malaysia Oleh Pegawai Awam

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Add Comment