PP Bil.13/2016 Pekeliling Pindaan Skim Perkhidmatan Pensyarah Perubatan Dan Pensyarah Pergigian

Tujuan Pekeliling Pindaan Skim Perkhidmatan Pensyarah Perubatan Dan Pensyarah Pergigian dikeluarkan

Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklum dan melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai pindaan skim perkhidmatan Pensyarah Perubatan dan Pensyarah Pergigian yang sedang berkuat kuasa melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016.

Pindaan Skim Perkhidmatan

Skim perkhidmatan Pensyarah Perubatan dan Pensyarah Pergigian yang berkuat kuasa dipinda seperti berikut:
(a) skim perkhidmatan Pensyarah Perubatan ditambah satu (1) lapisan gred baharu bagi Pensyarah Perubatan (Pakar) iaitu Gred DU55/56; dan                                                                                                                                                    (b) skim perkhidmatan Pensyarah Pergigian ditambah satu (1) lapisan gred baharu bagi Pensyarah Pergigian (Pakar) iaitu Gred DUG55/56.

Skim perkhidmatan Pensyarah Perubatan dan Pensyarah Pergigian yang baharu adalah seperti di Lampiran A dan B. Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM) yang baharu adalah seperti di Lampiran C dan D.

Elaun dan Kemudahan

Pindaan ini juga melibatkan penetapan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), Imbuhan Tetap Keraian (ITK) dan Bayaran Insentif Pakar (BIP) bagi Pensyarah Perubatan Gred DU55/56 dan Pensyarah Pergigian Gred DUG55/56.

Senarai elaun dan kemudahan bagi Pensyarah Perubatan Gred DU55/56 dan Pensyarah Pergigian Gred DUG55/56 adalah seperti di Lampiran E.

Pelaksanaan

Semua pegawai yang sedang berkhidmat dalam skim perkhidmatan Pensyarah Perubatan dan Pensyarah Pergigian adalah tertakluk kepada skim perkhidmatan yang baharu mulai tarikh kuat kuasa pekeliling perkhidmatan ini.

Mulai tarikh kuat kuasa skim perkhidmatan ini, semua lantikan hendaklah menggunakan skim perkhidmatan yang baharu dan syarat lantikan yang ditetapkan hendaklah dipatuhi.

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017.

Pembatalan

Dengan berkuat kuasanya pekeliling perkhidmatan ini, maka Skim Perkidmatan Pensyarah Perubatan dan Pensyarah Pergigian yang berkuat kuasa pada 1 Julai 2016 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 adalah dibatalkan.

PP Bil.13/2016 Pekeliling Pindaan Skim Perkhidmatan Pensyarah Perubatan Dan Pensyarah Pergigian

bertujuan untuk memaklum dan melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai pindaan skim perkhidmatan Pensyarah Perubatan dan Pensyarah Pergigian yang sedang berkuat kuasa melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016.

Nama Pekeliling : Pindaan Skim Perkhidmatan Pensyarah Perubatan Dan Pensyarah Pergigian

Format Fail : PDF

Download : PP Bil.13/2016 Pekeliling Pindaan Skim Perkhidmatan Pensyarah Perubatan Dan Pensyarah Pergigian

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!