SPSPA Bil.02/2004 Pekeliling Garis Permohonan Jawatan Secara On-Line Oleh Pegawai Sedang Berkhidmat

PP Bil.01/2017 Pekeliling Bayaran Pembaharuan Lesen Memandu

Tujuan Pekeliling Garis Permohonan Jawatan Secara On-Line Oleh Pegawai Sedang Berkhidmat dikeluarkan

Surat Pekeliling ini bertujuan memaklumkan keputusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) membenarkan pegawai sedang berkhidmat memohon jawatan yang berada di bawah bidang kuasa SPA secara on-line melalui Laman Web menggunakan Borang SPA 8i.

Latar Belakang

Berdasarkan kepada peruntukan Perintah Am 21, Perintah-Perintah Am Bab A (Lantikan dan Kenaikan Pangkat) 1973, pegawai yang sedang berkhidmat perlu mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing jika mereka ingin dipertimbangkan pelantikan ke jawatan lain dalam perkhidmatan awam. Jika mereka tidak mematuhi peraturan ini, permohonan mereka boleh ditolak. Ketua Jabatan pula bertanggungjawab mengedarkan permohonan pegawai berkenaan kepada pihak berkuasa melantik tanpa mengira sama ada mereka menyokong permohonan itu ataupun sebaliknya.

Semenjak melaksanakan sistem pengambilan secara berkomputer pada tahun 1997 yang dikenali sebagai Sistem Mengambil Sepanjang Masa (SMSM), mereka yang ingin memohon jawatan yang berada di bawah bidang kuasa SPA mempunyai dua pilihan, iaitu sama ada memohon secara manual menggunakan Borang SPA 8, ataupun secara on-line menggunakan Borang SPA 8i. Walaubagaimanapun, kemudahan memohon jawatan secara on-line ini telah tidak dapat dimanfaatkan oleh pegawai yang sedang berkhidmat kerana kaedah ini tidak dapat memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Perintah Am 21 itu. Keadaan ini telah menyebabkan ramai pegawai sedang berkhidmat merasa terkilan kerana kemudahan teknologi maklumat tidak dapat mereka manfaatkan untuk tujuan ini.

Tatacara Memohon Jawatan Secara On-line Oleh Pegawai Sedang Berkhidmat

SPA berpendapat pegawai sedang berkhidmat wajar dibenar menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) semasa memohon jawatan dalam perkhidmatan awam, khususnya yang berada di bawah bidang kuasa SPA. Langkah ini bukan sahaja adil, bahkan selaras dengan hasrat Kerajaan menggalakkan penggunaan kemudahan ICT dalam sektor awam. Oleh itu SPA telah mengambil keputusan membenarkan pegawai sedang berkhidmat membuat permohonan jawatan secara on-line melalui laman web SPA di alamat http://www.spa.gov.my dengan syarat sekiranya berjaya dipanggil temu duga mereka hendaklah membawa bersama perakuan bertulis daripada Ketua Jabatan yang menyatakan sama ada menyokong / tidak menyokong permohonan pegawai berkenaan. Pegawai juga dikehendaki membawa kenyataan perkhidmatan yang kemas kini, laporan pengisytiharan harta, laporan penilaian prestasi yang terkini dan kenyataan bebas dari sebarang tindakan tatatertib. Ketua Jabatan dikehendaki mengesahkan maklumat pegawai terbabit menggunakan format seperti Lampiran A yang boleh dimuat turun melalui laman web SPA. Permohonan jawatan menggunakan Borang SPA 8 masih dibenarkan.

 

Tarikh Kuat Kuasa dan Pemakaian

Surat Pekeliling ini berkuat kuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan. Pemakaiannya kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan di luar bidang kuasa SPA, Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa berkenaan.

 

SPSPA Bil.02/2004 Pekeliling Garis Permohonan Jawatan Secara On-Line Oleh Pegawai Sedang Berkhidmat

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan memaklumkan keputusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) membenarkan pegawai sedang berkhidmat memohon jawatan yang berada di bawah bidang kuasa SPA secara on-line melalui Laman Web menggunakan Borang SPA 8i.

Nama Pekeliling : Pekeliling Garis Permohonan Jawatan Secara On-Line Oleh Pegawai Sedang Berkhidmat

Format Fail : PDF

Download : SPSPA Bil.02/2004 Pekeliling Garis Permohonan Jawatan Secara On-Line Oleh Pegawai Sedang Berkhidmat

Oleh : Ketua Setiausaha Negara

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!