SPSPA Bil.01/2000 Pekeliling Garis Panduan Peraturan Pelanjutan Tempoh Percubaan

Pekeliling Garis Panduan Peraturan Pelanjutan Tempoh Percubaan

Tujuan Pekeliling Garis Panduan Peraturan Pelanjutan Tempoh Percubaan dikeluarkan

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan peraturan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya berhubung dengan permohonan pelanjutan tempoh percubaan kepada Kementerian dan Jabatan yang melaksanakan urusan yang sama di bawah pewakilan kuasa.

Latar Belakang

Di bawah peraturan sekarang, seseorang anggota Perkhidmatan Awam Am Persekutuan dan Perkhidmatan Awam Negeri di bawah bidangkuasa Suruhanjaya yang gagal untuk disahkan dalam perkhidmatan selepas tamat tempoh percubaan, boleh diberi pelanjutan tempoh percubaan seperti berikut:

(i) bagi anggota yang tidak lulus peperiksaan perkhidmatan dan atau kursus induksi selama tiga (3) tahun dengan berdenda;

(ii) bagi anggota yang telah memenuhi syarat-syarat perkhidmatan tetapi tidak mendapat sokongan Ketua Jabatan selama satu (1) tahun dengan berdenda;

(iii) bagi anggota yang tidak menduduki peperiksaan dan atau tidak menghadiri kursus induksi kerana Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan tidak mengadakan peperiksaan/kursus induksi tersebut selama satu (1) tahun tanpa berdenda dan diikuti dengan dua (2) tahun dengan berdenda;

(iv) bagi anggota yang dikenakan tindakan tatatertib dalam tempoh percubaan mengikut budibicara Suruhanjaya.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dalam mesyuaratnya yang ke 2019 pada 2.12.1999 telah bersetuju peraturan pelanjutan tempoh percubaan ini dipinda, kerana tempoh percubaan asal selama tiga (3) tahun adalah mencukupi bagi seseorang anggota perkhidmatan awam untuk memenuhi syarat-syarat perkhidmatan yang ditetapkan. Pelanjutan tempoh percubaan adalah untuk memberi peluang kepada anggota yang telah berusaha untuk memenuhi syarat-syarat pengesahan dalam tempoh percubaan asalnya tetapi gagal, dan bagi anggota-anggota yang tidak berpeluang memenuhi syarat-syarat perkhidmatan atas sebab-sebab atau faktor-faktor di luar kawalan mereka.

Amalan Pelanjutan Tempoh Percubaan Selepas Pindaan

Selaras dengan keputusan Suruhanjaya ini, pelanjutan tempoh percubaan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya selepas pindaan mulai dari 2.1.2000 adalah seperti berikut:

(i) Bagi anggota yang tidak menduduki peperiksaan dan atau tidak hadir kursus induksi sehingga tamat tempoh percubaannya disebabkan Ketua Jabatan tidak mengadakan peperiksaan dan atau kursus induksi yang disyaratkan, boleh diberi pelanjutan tempoh percubaan selama satu (1) tahun ke satu (1) tahun tanpa berdenda;

(ii) bagi anggota yang terbukti telah menduduki peperiksaan dan atau hadir kursus induksi yang disyaratkan dalam tempoh percubaan asalnya tetapi gagal, boleh diberi pelanjutan tempoh percubaan selama satu (1) tahun dengan berdenda, dan jika masih gagal, boleh diberi pelanjutan tempoh percubaan selama satu (1) tahun lagi dengan berdenda dan diikuti tindakan untuk penamatan perkhidmatan di bawah Perintah Am 58, Perintah-Perintah Am Bab >A= (Lantikan dan Kenaikan Pangkat) 1973, kecuali jika mereka berjaya dalam peperiksaan dan atau kursus induksi dalam tempoh pelanjutan tersebut;

(iii) bagi anggota yang telah memenuhi syarat-syarat untuk pengesahan dalam perkhidmatan selepas menamatkan tempoh percubaan asal, tetapi tidak mendapat sokongan Ketua Jabatan, boleh diberi pelanjutan tempoh percubaan selama satu (1) tahun dengan berdenda dengan diikuti sama ada tindakan penamatan perkhidmatan di bawah Perintah Am 58, Perintah-Perintah Am Bab >A= (Lantikan dan Kenaikan Pangkat) 1973 atau pengesahan dalam perkhidmatan, sebelum tamat tempoh percubaan yang dilanjutkan;

(iv) bagi anggota yang tidak menduduki peperiksaan dan atau kursus induksi tanpa sebab-sebab yang munasabah dalam tempoh percubaan asal boleh diberi pelanjutan tempoh percubaan selama satu (1) tahun dengan berdenda dan diikuti tindakan penamatan perkhidmatan di bawah Perintah Am 58, Perintah-Perintah Am Bab A= (Lantikan dan Kenaikan Pangkat) 1973, kecuali dalam tempoh percubaan yang dilanjutkan ini anggota lulus peperiksaan dan atau hadir dengan jayanya kursus induksi yang disyaratkan. Bagi anggota yang terikat dengan perkhidmatan wajib atau ikatan biasiswa diberi pelanjutan tempoh percubaan dari satu (1) tahun ke satu (1) tahun dengan berdenda hingga selesai perkhidmatan wajib/ikatan biasiswa dengan diikuti tindakan penamatan perkhidmatan sekiranya belum memenuhi syarat pengesahan dalam perkhidmatan; (v) bagi anggota yang telah memenuhi syarat-syarat pengesahan dalam perkhidmatan tetapi telah dikenakan tindakan tatatertib dalam tempoh percubaan adalah mengikut kes dan budibicara Suruhanjaya.

Pelaksanaan Amalan Baru Pelanjutan Tempoh Percubaan di Bawah Surat Pewakilan Kuasa

Bagi maksud mewujudkan keseragaman urusan pelanjutan tempoh percubaan di peringkat Suruhanjaya dengan urusan pelanjutan tempoh percubaan yang diwakilkan kuasa di bawah P.U(B) 496, maka pegawai-pegawai yang diwakilkan kuasa seperti dalam Surat Pewakilan Kuasa hendaklah melaksanakan permohonan pelanjutan tempoh percubaan seperti yang diamalkan oleh Suruhanjaya di perenggan 3(i) hingga (v) di atas.

Pegawai yang diwakilkan kuasa diberi ingatan bahawa mereka boleh memberi pelanjutan tempoh percubaan anggota yang gagal disahkan dalam tempoh percubaan asal tidak melebihi dari tempoh-tempoh yang dinyatakan di atas. Jika anggota masih gagal dalam peperiksaan dan atau kursus induksi, perakuan untuk tindakan penamatan perkhidmatan hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya tiga (3) bulan sebelum tempoh pelanjutan tempoh percubaan tersebut berakhir, kecuali mereka yang terikat dengan perkhidmatan wajib atau ikatan biasiswa dan masih belum memenuhi syarat pengesahan dalam perkhidmatan.

 

Tarikh Kuat Kuasa

Surat Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Bil. 1 Tahun 2000 ini berkuatkuasa pada 1.7.2000.

Pemakaian

Surat Pekeliling ini terpakai untuk yang diwakilkan kuasa di bawah P.U(B) 496 dan empat (4) negeri, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis, manakala yang lain tertakluk kepada penerimaannya oleh Pihak Berkuasa Melantik masing-masing. Dengan ini Surat Pekeliling ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

SPSPA Bil.01/2000 Pekeliling Garis Panduan Peraturan Pelanjutan Tempoh Percubaan

Secara ringkasnya, pekeliling ini mengenai penambahbaikan proses bayaran balik pembaharuan lesen memandu agar lebih berkesan.

Nama Pekeliling : Garis Panduan Peraturan Pelanjutan Tempoh Percubaan

Format Fail : PDF

Download : SPSPA Bil.01/2000 Pekeliling Garis Panduan Peraturan Pelanjutan Tempoh Percubaan

Oleh : Ketua Setiausaha Negara

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!