SPP Bil.15/2009 Pekeliling Perubahan Syarat Lantikan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Laut Gred A29, A36, A38

Pekeliling Perubahan Syarat Lantikan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Laut Gred A29, A36, A38

Tujuan Pekeliling Perubahan Syarat Lantikan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Laut Gred A29, A36, A38 dikeluarkan

Surat pekeliling perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan kerajaan menambah baik syarat lantikan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Laut Gred A29, A36, A38 yang berkuat kuasa melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 31 Tahun 2007.

Latar Belakang

Seiring dengan perubahan perakuan kekompetenan yang diiktiraf oleh Pertubuhan Maritim Antarabangsa di bawah Standard of Training Certification and Watchkeeping Convention 1978 (pindaan STCW 1995) serta pengiktirafan kelayakan-kelayakan berkaitan oleh Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan (JTPPK) Ke-94 pada 26 Januari 2007 serta JTPPK Ke-101 pada 18 Disember 2008, skim perkhidmatan Penolong Pegawai Laut telah ditambah baik dengan memperuntukkan penambahan syarat lantikan seperti berikut:

  • (a) Second Engineer Officer of Between 750 & 3000 kW on Near Coastal Trade Voyage yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred A29: P1T2); atau
  • (b) Chief Engineer Officer of Between 750 & 3000 kW on Near Coastal Trade Voyage yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred A29: P1T3); atau
  • (c) Second Engineer Officer of 3000 kW or more on Near Coastal Trade Voyage yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred A29: P1T4); atau
  • (d) Chief Engineer Officer of 3000 kW or more on Near Coastal Trade Voyage yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred A29: P1T5); atau
  • (e) Officer In Charge of a Navigational Watch of 500 GT or more on Unlimited Trade Voyage yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred A29: P1T7); atau
  • (f) Officer In Charge of an Engineering Watch of 750 kW or more on Unlimited Trade Voyage yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred A29: P1T7).

 

Pelaksanaan

Skim perkhidmatan Penolong Pegawai Laut adalah seperti di Lampiran A dan format iklan bagi urusan pengambilan adalah seperti di Lampiran B. Perbekalan lain yang berkuat kuasa di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 31 Tahun 2007 adalah dikekalkan.

 

Tarikh Kuat Kuasa

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2010. Dengan berkuat kuasanya surat pekeliling perkhidmatan ini, syarat lantikan ke skim perkhidmatan Penolong Pegawai Laut Gred A29 perlu dibaca bersama Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 31 Tahun 2007.

Pemakaian

Tertakluk kepada penenmaannya oleh pihak berkuasa masing-masing peruntukan surat pekeliling perkhidmatan ini dipanjangkan kepada Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

SPP Bil.15/2009 Pekeliling Perubahan Syarat Lantikan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Laut Gred A29, A36, A38

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan kerajaan menambah baik syarat lantikan skim perkhidmatan Penolong Pegawai Laut Gred A29, A36, A38 yang berkuat kuasa melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 31 Tahun 2007.

Nama Pekeliling : Perubahan Syarat Lantikan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Laut Gred A29, A36, A38

Format Fail : PDF

Download : SPP Bil.15/2009 Pekeliling Perubahan Syarat Lantikan Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Laut Gred A29, A36, A38

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Add Comment