SPP Bil.15/2008 Pekeliling Panduan Menguruskan Buku Perkhidmatan Kerajaan

PP Bil.01/2017 Pekeliling Bayaran Pembaharuan Lesen Memandu

Tujuan Pekeliling Panduan Menguruskan Buku Perkhidmatan Kerajaan dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memperkemas dan menggabungkan peraturan serta syarat tuntutan Bayaran Pembaharuan Lesen Memandu ke dalam satu Pekeliling Perkhidmatan supaya tuntutan bayaran balik pembaharuan lesen memandu dapat dilaksanakan dengan berkesan dan teratur serta memudahkan rujukan.

Definisi

Dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan ini:

Buku Perkhidmatan Kerajaan” (selepas ini dirujuk sebagai Buku Perkhidmatan) bermaksud buku bernombor Am 274 yang disediakan khusus bagi merekodkan maklumat peribadi, perkhidmatan, cuti dan kelakuan untuk setiap pegawai awam;

Ketua Jabatan” bermaksud pegawai yang mengetuai sesebuah organisasi sama ada di peringkat kementerian, jabatan di peringkat persekutuan, wilayah, negeri, daerah atau di luar negara, mengikut mana-mana yang berkenaan;

Pegawai” bermaksud semua kategori pegawai lantikan tetap, sementara, kontrak atau guru sandaran terlatih;

Rekod Perkhidmatan” bermaksud semua dokumen yang mengandungi maklumat pegawai sama ada dalam bentuk hard copy dan/ atau soft copy seperti fail peribadi, buku perkhidmatan dan sistem maklumat berkomputer; dan

Sektor Awam” bermaksud perkhidmatan awam Persekutuan, Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Latar Belakang

Rekod perkhidmatan merupakan dokumen yang mencatatkan maklumat pegawai sektor awam. Salah satu jenis rekod tersebut ialah Buku Perkhidmatan yang merupakan dokumen penting bagi urusan perkhidmatan seseorang pegawai seperti mana yang dinyatakan dalam Bahagian II kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 – Panduan Pengurusan Pejabat. Selain itu, kaedah penyelenggaraan rekod perkhidmatan juga dijelaskan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1982 (Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan) -Kaedah Penyenggaraan Rekod Perkhidmatan Yang Kemaskini Bagi Maksud Mendapat Faedah-Faedah Persaraan.

Memandangkan Buku Perkhidmatan merekodkan maklumat peribadi dan perkhidmatan pegawai mulai tarikh dilantik sehingga perkhidmatannya berakhir sama ada disebabkan oleh persaraan, meninggal dunia, dibuang kerja, meletak jawatan atau ditamatkan perkhidmatan, maka ia perlu diuruskan dengan baik, teratur dan sentiasa dikemas kini. Berdasarkan keperluan tersebut, panduan ini disediakan sebagai rujukan Ketua Jabatan mahupun pegawai dalam mengurus buku perkhidmatan supaya urusan perkhidmatan seseorang pegawai dapat dilaksanakan dengan berkesan khususnya melibatkan pembayaran faedah persaraan di akhir perkhidmatannya kelak.

Dasar Buku Perkhidmatan

 

Dasar Umum

Setiap pegawai hendaklah diperuntukkan Buku Perkhidmatan. Ketua Jabatan bertanggungjawab membuka Buku Perkhidmatan bagi setiap pegawai lantikan baru dalam sektor awam. Butir-butir peribadi pegawai hendaklah dicatatkan dalam tempoh tidak lewat daripada satu (1) bulan dari tarikh pegawai melapor diri bertugas.

Buku Perkhidmatan boleh disediakan sama ada dalam bentuk hard copy dan/ atau soft copy. Walau bagaimanapun, sebagai langkah keselamatan, salinan pendua kepada Buku Perkhidmatan hendaklah disediakan.

Buku Perkhidmatan hendaklah diselenggarakan dengan baik dan disimpan di tempat yang selamat di lokasi pegawai berkhidmat bagi memudahkan catatan dikemas kini.

Buku Perkhidmatan yang rosak, hilang atau musnah hendaklah disediakan semula berpandukan dokumen dan maklumat yang sahih yang disimpan oleh agensi berkenaan dan agensi yang pegawai pernah berkhidmat.

Buku Perkhidmatan adalah dokumen bertaraf SULIT di peringkat jabatan tetapi tidak dikelaskan sebagai dokumen terperingkat mengikut Arahan Keselamatan yang sedang berkuat kuasa.

Buku Perkhidmatan hanya boleh diselenggarakan oleh pegawai penyelia rekod atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa dan ia boleh disemak dari semasa ke semasa oleh pemiliknya dengan kebenaran pegawai penyelia rekod.

Semua catatan dalam Buku Perkhidmatan tidak boleh dipinda tanpa kelulusan dan kebenaran pegawai yang diberi kuasa.

Maklumat mengenai seseorang pegawai yang perlu direkodkan hendaklah dicatatkan dengan segera. Catatan secara manual hendaklah dibuat oleh pegawai yang diberi kuasa dan perlu disahkan dengan cop jabatan. Sekiranya catatan dibuat dengan komputer, segala peraturan yang ditetapkan hendaklah dipatuhi.

Kaedah Merekodkan Maklumat

Buku Perkhidmatan hendaklah dicatat dengan tulisan tidak berangkai dan dengan pen dakwat kekal (hitam atau biru) melainkan maklumat mengenai waris terdekat yang mesti dicatatkan dengan pensel. Catatan hendaklah dibuat dengan tulisan yang terang, jelas dan mudah dibaca.

Ketua Jabatan atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa hendaklah merekodkan maklumat ke dalam Buku Perkhidmatan mengikut Panduan Menguruskan Buku Perkhidmatan Kerajaan yang dilampirkan bersekali dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini.

Penyediaan Semula Buku Perkhidmatan

Buku Perkhidmatan termasuk salinan pendua yang hilang atau musnah perlu disediakan semula. Ketua Jabatan hendaklah berusaha mendapatkan dokumen dan maklumat yang berkaitan dengan kerjasama pegawai berkenaan, agensi di mana pegawai pernah berkhidmat dan Pihak Berkuasa Melantik berkaitan bagi tujuan menyediakan Buku Perkhidmatan yang baru.

Sekiranya penyediaan Buku Perkhidmatan yang baru tidak boleh dibuat kerana segala maklumat atau dokumen penting masih gagal diperolehi, Ketua Jabatan dengan kerjasama pegawai yang berkenaan hendaklah mendapatkan bantuan daripada rakan yang pernah bertugas di agensi yang sama dengan pegawai untuk membantu menyediakan Buku Perkhidmatan yang baru.

Tanggungjawab Ketua Jabatan

Ketua Jabatan bertanggungjawab mengurus dan menyelenggara Buku Perkhidmatan pegawai di bawah penyeliaannya serta memastikan maklumat direkodkan dengan teratur, lengkap dan terkini.

Tanggungjawab Pegawai

Pegawai hendaklah mengemukakan maklumat peribadi bagi tujuan penyediaan Buku Perkhidmatan, membuat semakan maklumat yang direkodkan dan memaklumkan sebarang perubahan maklumat bagi tujuan pengemaskinian Buku Perkhidmatan. Pegawai dinasihatkan menyimpan dokumen penting yang berkaitan dengan perkhidmatannya bagi membantu dalam penyediaan semula Buku Perkhidmatan yang hilang atau musnah.

 

Tarikh Kuat Kuasa

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.

Pemakaian

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah terpakai kepada Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Pembatalan

Dengan berkuat kuasanya Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1982 (Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan) adalah dibatalkan.

SPP Bil.15/2008 Pekeliling Panduan Menguruskan Buku Perkhidmatan Kerajaan

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan memberi panduan kepada agensi awam dalam menguruskan Buku Perkhidmatan Kerajaan supaya maklumat yang direkodkan lebih teratur, lengkap dan seragam.

Nama Pekeliling : Pekeliling Panduan Menguruskan Buku Perkhidmatan Kerajaan

Format Fail : PDF

Download : SPP Bil.15/2008 Pekeliling Panduan Menguruskan Buku Perkhidmatan Kerajaan

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Add Comment