SPP Bil.15/2007 Pekeliling Penjelasan Mengenai Pelaksanaan Pemberian Kemudahan Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi

Pekeliling Penjelasan Mengenai Pelaksanaan Pemberian Kemudahan Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi

Tujuan Pekeliling Penjelasan Mengenai Pelaksanaan Pemberian Kemudahan Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi dikeluarkan

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan kaedah pelaksanaan kemudahan Bayaran Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi.

Latar Belakang

Peraturan berkaitan kemudahan Bayaran Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2007.

 

Pelaksanaan

Bagi memastikan pemberian kemudahan pakaian ini dilaksanakan dengan teratur, beberapa perkara dijelaskan seperti berikut:

i. komponen Pakaian Black Tie kepada pegawai wanita adalah baju kurung/ kebaya beserta selendang atau pakaian petang (evening dress) termasuk beg tangan dan kasut;

ii. pegawai yang menerima bintang atau pingat dalam Majlis-majlis Istiadat Pengurniaan Bintang dan Pingat Persekutuan/ Negeri dan membawa pasangan bukan pegawai Perkhidmatan Awam, tuntutan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi bagi pasangannya hendaklah dikemukakan kepada jabatan pegawai;

iii. pegawai yang hadir sebagai pasangan kepada penerima bintang atau pingat dalam Majlis-majlis Istiadat Pengurniaan Bintang dan Pingat Persekutuan/ Negeri, tuntutan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi hendaklah dikemukakan kepada jabatan pegawai;

iv. pegawai hanya dibenarkan untuk menuntut Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi setiap tiga (3) tahun sekali. Sebagai contoh, sekiranya pegawai telah diberi kemudahan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi bagi tujuan bertugas di Parlimen/ Dewan Undangan Negeri, maka pegawai tidak lagi layak diberi kemudahan tersebut untuk tujuan menerima pingat/ hadir sebagai pasangan kepada penerima pingat dalam tempoh tiga (3) tahun daripada tarikh diberi kemudahan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi berkenaan; dan

v. pasangan pegawai bagi maksud menghadiri upacara rasmi adalah merujuk kepada suami atau isteri pegawai.

 

Tarikh Kuat Kuasa

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2007.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

SPP Bil.15/2007 Pekeliling Penjelasan Mengenai Pelaksanaan Pemberian Kemudahan Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan kaedah pelaksanaan kemudahan Bayaran Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi.

Nama Pekeliling : Penjelasan Mengenai Pelaksanaan Pemberian Kemudahan Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi

Format Fail : PDF

Download : SPP Bil.15/2007 Pekeliling Penjelasan Mengenai Pelaksanaan Pemberian Kemudahan Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!