SPP Bil.14/2009 Pekeliling Kelayakan Sijil Tinggi Agama Malaysia Oleh Lembaga Peperiksaan Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam

Pekeliling Kelayakan Sijil Tinggi Agama Malaysia Oleh Lembaga Peperiksaan Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam

Tujuan Pekeliling Kelayakan Sijil Tinggi Agama Malaysia Oleh Lembaga Peperiksaan Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam dikeluarkan

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan kelayakan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia bagi maksud lantikan terus atau Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) ke perkhidmatan awam.

Latar Belakang

Kerajaan telah mengiktiraf kelayakan STAM yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Selaras dengan pengiktirafan tersebut, lulusan STAM boleh dipertimbang untuk dilantik terus atau KPSL ke perkhidmatan awam bagi mengisi jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat STPM di mana bersesuaian. Senarai skim perkhidmatan berkuat kuasa yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat STPM adalah seperti di Lampiran A.

Kaedah Pelaporan Pencapaian Keputusan STAM

Format penyataan keputusan peperiksaan STAM melaporkan peringkat bagi setiap mata pelajaran seperti berikut:

stam

Kelayakan STAM Untuk Lantikan Ke Perkhidmatan Awam

Calon-calon yang memiliki kelayakan STAM boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan masuk STPM berdasarkan tahap kelulusan berikut:

i) lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul dalam satu peperiksaan dengan kombinasi mata pelajaran berikut:

  • dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
  • satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
  • satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab, satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
  • dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau
  • dua (2) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
  • dua (2) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan dua (2) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
  • tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah; atau
  • tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan satu (1) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
  • satu (1) mata pelajaran dalam bidang Bahasa Arab dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin; atau
  • satu (1) mata pelajaran dalam bidang Syariah dan tiga (3) mata pelajaran dalam bidang Usuluddin.

atau

ii) lulus sekurang-kurangnya empat (4) mata pelajaran pada peringkat Maqbul yang dikumpulkan daripada peperiksaan yang diduduki dalam tempoh tiga (3) tahun mulai dari tarikh keputusan peperiksaan yang pertama kali
diduduki dengan kombinasi mata pelajaran seperti di perenggan di atas.

Calon yang tidak memiliki keputusan seperti di perenggan seperti di atas adalah tidak layak dipertimbang untuk maksud lantikan ke jawatan-jawatan dengan syarat lantikan STPM.

Tindakan Pihak Berkuasa Melantik

Pihak Berkuasa Melantik hendaklah memasukkan kelayakan STAM seperti yang disebut di perenggan di atas dalam setiap iklan jawatan yang mensyaratkan kelulusan berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan sebagai syarat lantikan.

 

Tarikh Kuat Kuasa

Surat pekeliling perkhidmatan ini berkuat kuasa kepada calon yang memiliki kelayakan STAM mulai tahun 2000.

Penutup

Pihak Berkuasa Melantik juga adalah dinasihatkan untuk menghubungi Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabata Perkhidmatan Awam sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai pelaksanaan surat pekeliling perkhidmatan ini.

SPP Bil.14/2009 Pekeliling Kelayakan Sijil Tinggi Agama Malaysia Oleh Lembaga Peperiksaan Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan kelayakan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia bagi maksud lantikan terus atau Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) ke perkhidmatan awam.

Nama Pekeliling : Kelayakan Sijil Tinggi Agama Malaysia Oleh Lembaga Peperiksaan Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam

Format Fail : PDF

Download : SPP Bil.14/2009 Pekeliling Kelayakan Sijil Tinggi Agama Malaysia Oleh Lembaga Peperiksaan Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Add Comment