SPP Bil.14/2008 Pekeliling Pelanjutan Had Umur Maksimum Pelantikan Secara Kontrak Bagi Pegawai Warganegara (Bukan Pesara) dan Bukan Warganegara

Pekeliling Pelanjutan Had Umur Maksimum Pelantikan Secara Kontrak Bagi Pegawai Warganegara (Bukan Pesara) dan Bukan Warganegara

Tujuan Pekeliling Pelanjutan Had Umur Maksimum Pelantikan Secara Kontrak Bagi Pegawai Warganegara (Bukan Pesara) dan Bukan Warganegara dikeluarkan

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan keputusan Kerajaan meminda had umur maksimum pelantikan secara kontrak bagi pegawai warganegara (bukan pesara) dan bukan warganegara kepada 58 tahun.

Latar Belakang

Kerajaan telah bersetuju untuk melanjutkan umur persaraan wajib pegawai tetap dalam sektor awam (meliputi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dan Negeri serta pekerja Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan) daripada 55/ 56 tahun kepada 58 tahun berkuat kuasa mulai 1 Julai 2008 seperti yang dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2008.

Perubahan ini turut memberi kesan kepada syarat had umur maksimum 56 tahun yang ditetapkan bagi pelantikan secara kontrak di kalangan pegawai warganegara (bukan pesara) dan bukan warganegara mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 (PP 2/2008) – Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract of Service). Oleh itu, peraturan yang berkaitan dengan had umur maksimum tersebut perlu dipinda.

Peraturan Baru

Selaras dengan keputusan Kerajaan tersebut, had umur maksimum bagi pelantikan secara kontrak yang melibatkan pegawai warganegara (bukan pesara) dan bukan warganegara dalam PP 2/2008 adalah dipinda kepada umur 58 tahun.

Pelaksanaan

Bagi melaksanakan keputusan ini, Ketua Jabatan hendaklah menentukan pegawai yang dilanjutkan pelantikan secara kontrak mengikut had umur maksimum yang baru ini dibuat atas keperluan perkhidmatan, prestasi kerja yang baik dan pegawai disahkan sihat oleh pengamal perubatan berdaftar.

 

Tarikh Kuat Kuasa

Peraturan baru ini berkuat kuasa mulai tarikh Surat Pekeliling Perkhidmatan ini dikeluarkan.

Pemakaian

Semua Pihak Berkuasa Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah menerima pakai Surat Pekeliling Perkhidmatan ini supaya segala keputusan Kerajaan berkaitan dengan pelantikan secara kontrak dapat dikuatkuasakan dengan seragam.

Pembatalan

Dengan berkuat kuasanya Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, peraturan yang berkaitan dengan had umur maksimum 56 tahun bagi pelantikan secara kontrak pegawai warganegara (bukan pesara) dan bukan warganegara di perenggan 13.2 (ii), PP 2/2008 adalah dibatalkan.

SPP Bil.14/2008 Pekeliling Pelanjutan Had Umur Maksimum Pelantikan Secara Kontrak Bagi Pegawai Warganegara (Bukan Pesara) dan Bukan Warganegara

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan memaklumkan keputusan Kerajaan meminda had umur maksimum pelantikan secara kontrak bagi pegawai warganegara (bukan pesara) dan bukan warganegara kepada 58 tahun.

Nama Pekeliling : Pelanjutan Had Umur Maksimum Pelantikan Secara Kontrak Bagi Pegawai Warganegara (Bukan Pesara) dan Bukan Warganegara

Format Fail : PDF

Download : SPP Bil.14/2008 Pekeliling Pelanjutan Had Umur Maksimum Pelantikan Secara Kontrak Bagi Pegawai Warganegara (Bukan Pesara) dan Bukan Warganegara

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Add Comment