SPP Bil.11/2009 Pekeliling Pindaan Kadar Elaun Luar Penghulu

Pekeliling Kadar Elaun Luar Penghulu

Tujuan Pekeliling Pindaan Kadar Elaun Luar Penghulu dikeluarkan

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan keputusan Kerajaan untuk menaikkan kadar Elaun Luar Penghulu bagi skim perkhidmatan Penghulu Gred NP27, NP32, NP36, NP40.

Latar Belakang

Penggubalan dan penambahbaikan skim perkhidmatan Penghulu melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2009 adalah antara usaha Kerajaan untuk memartabatkan institusi Penghulu di samping mengiktiraf peranan Penghulu sebagai penghubung antara masyarakat dan Kerajaan dalam melaksanakan polisi pembangunan negara. Sebagai institusi yang berperanan serta bertanggungjawab dalam memantau dan menyelesaikan pelbagai isu kemasyarakatan serta memastikan kesejahteraan rakyat, maka adalah wajar institusi ini diperkukuhkan. Sehubungan dengan itu, Kerajaan turut bersetuju untuk menyemak semula Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1979 dan memberi kenaikan kepada kadar Elaun Luar Penghulu.

Pelaksanaan

Kadar baru Elaun Luar Penghulu adalah seperti dalam Jadual 1 di bawah:

Kadar Baru Elaun Luar Penghulu

Pindaan

Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, kadar Elaun Luar Penghulu dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1979 adalah dibatalkan.

Tarikh Kuat Kuasa

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 2 Julai 2009.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Surat Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak
Berkuasa Tempatan.

SPP Bil.11/2009 Pekeliling Pindaan Kadar Elaun Luar Penghulu

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan memaklumkan keputusan Kerajaan untuk menaikkan kadar Elaun Luar Penghulu bagi skim perkhidmatan Penghulu Gred NP27, NP32, NP36, NP40.

Nama Pekeliling : Pindaan Kadar Elaun Luar Penghulu

Format Fail : PDF

Download : SPP Bil.11/2009 Pekeliling Pindaan Kadar Elaun Luar Penghulu

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Add Comment