SPP Bil.11/2005 Pekeliling Kelayakan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Menggunakan Nilai Gred Mata Pelajaran Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam

Pekeliling Kelayakan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Menggunakan Nilai Gred Mata Pelajaran Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam

Tujuan Pekeliling Kelayakan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Menggunakan Nilai Gred Mata Pelajaran Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam dikeluarkan

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan gred peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang menggunakan Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP) bagi maksud pelantikan ke perkhidmatan awam.

Latar Belakang

Syarat lantikan ke perkhidmatan awam dengan menggunakan kelayakan STPM dinyatakan melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1983 atau Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1986. Walau bagaimanapun, kerajaan telah melaksanakan format keputusan dan penganugerahan gred STPM kepada pernyataan baru menggunakan NGMP berkuat kuasa mulai peperiksaan STPM tahun 2003. Format baru ini adalah selaras dengan sistem pernyataan keputusan peperiksaan yang digunakan di institusi pengajian tinggi awam dan program matrikulasi.

Kaedah Pelaporan Pencapaian Keputusan STPM Menggunakan Nilai Gred Mata Pelajaran

Format pernyataan keputusan peperiksaan STPM tahun 2003 melaporkan 11 gred iaitu A, A-, B+, B, B-, C+, C, C-, D+, D dan F. Nilai Gred Mata Pelajaran bagi 11 gred tersebut adalah seperti berikut:

Kaedah Pelaporan Pencapaian Keputusan STPM Menggunakan Nilai Gred Mata Pelajaran

Syarat Lantikan ke Perkhidmatan Awam di Peringkat STPM Menggunakan Nilai Gred Mata Pelajaran

Calon-calon yang memiliki Sijil STPM menggunakan NGMP boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan awam berdasarkan tahap kelulusan berikut:

  • Lulus sekurang-kurangnya 3 mata pelajaran atas Gred C dengan NGMP 2.00 dan lulus Pengajian Am (sekurang-kurangnya atas Gred C dengan NGMP 2.00) dalam satu peperiksaan STPM; atau
  • lulus 2 mata pelajaran dan lulus Pengajian Am (sekurang-kurangnya atas Gred C dengan NGMP 2.00) dalam satu peperiksaan STPM dengan syarat kedua-dua mata pelajaran yang lulus itu mestilah sekurang-kurangnya mendapat:

gred

  • atau lulus sekurang-kurangnya 2 mata pelajaran atas Gred C (NGMP 2.00) dan 2 mata pelajaran atas Gred C-, D+ atau D (NGMP 1.67, 1.33 atau 1.00) serta lulus Pengajian Am (sekurang-kurangnya atas Gred C dengan NGMP 2.00) dalam satu peperiksaan STPM;
  • atau lulus sekurang-kurangnya 4 mata pelajaran yang berlainan atas Gred C (NGMP 2.00) dan lulus Pengajian Am (sekurang-kurangnya atas Gred C dengan NGMP 2.00) dalam STPM yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut.

Calon-calon yang tidak memiliki keputusan seperti di perenggan diatas adalah tidak layak dipertimbang untuk maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelulusan STPM yang menggunakan NGMP atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Tindakan Pihak Berkuasa Melantik

Pihak Berkuasa Melantik hendaklah memasukkan kelayakan STPM seperti yang disebut di perenggan 4.1, 4.2, 4.3 dan 4.4 di atas dalam setiap iklan jawatan yang mensyaratkan kelulusan berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan sebagai syarat lantikan.

Walau apapun peruntukan yang tersebut di atas, kelayakan Sijil Penuh STPM/HSC atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau memenuhi kelayakan STPM mengikut sistem terbuka mulai tahun 1982 dan pindaannya pada tahun 1987 masih lagi terpakai bagi maksud pelantikan ke perkhidmatan awam. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1983 atau Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1986 mengikut mana yang berkenaan adalah berkaitan.

 

 

Tarikh Kuat Kuasa

Surat pekeliling perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2006.

Penutup

Pihak Berkuasa Melantik juga adalah dinasihatkan untuk menghubungi Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai pelaksanaan surat pekeliling perkhidmatan ini.

SPP Bil.11/2005 Pekeliling Kelayakan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Menggunakan Nilai Gred Mata Pelajaran Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan gred peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang menggunakan Nilai Gred Mata Pelajaran (NGMP) bagi maksud pelantikan ke perkhidmatan awam.

Nama Pekeliling : Kelayakan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Menggunakan Nilai Gred Mata Pelajaran Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam

Format Fail : PDF

Download : SPP Bil.11/2005 Pekeliling Kelayakan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Menggunakan Nilai Gred Mata Pelajaran Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Add Comment