SPP Bil.09/2005 Pekeliling Pindaan Imbuhan Tetap Khidmat Awam bagi Pegawai Gred 41 dan 42 Serta Gred 45

Pekeliling Pindaan Imbuhan Tetap Khidmat Awam bagi Pegawai Gred 41 dan 42 Serta Gred 45

Tujuan Pekeliling Pindaan Imbuhan Tetap Khidmat Awam bagi Pegawai Gred 41 dan 42 Serta Gred 45 dikeluarkan

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan keputusan Kerajaan melaksanakan penetapan satu gred satu kadar Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) bagi pegawai gred 41 dan 42 serta gred 45.

Latar Belakang

Di bawah Sistem Saraan Malaysia, ITKA bagi pegawai gred 41 dan 42 serta gred 45 dibayar atas dua kadar berdasarkan gred dan tempoh perkhidmatan dalam gred yang sama atau setaraf. Kerajaan telah meneliti semula penetapan kadar ini dengan memberi perhatian ke atas prinsip satu gred satu kadar yang diterima pakai di bawah Sistem Saraan Malaysia. Setelah dipertimbangkan, Kerajaan bersetuju ITKA bagi gred 41 dan 42 serta gred 45 dibayar atas satu kadar sahaja iaitu RM300.00 sebulan.

Kadar Baru Imbuhan Tetap Khidmat Awam

ITKA bagi pegawai gred 41 dan 42 serta gred 45 adalah ditetapkan seperti berikut:

(a) Pegawai Gred 41 dan 42

Pegawai Gred 41 dan 42

  • Kadar ITKA RM300 sebulan diberi kepada anggota yang berkhidmat pada tahun ke 10 dan ke atas dalam gred yang sama atau setaraf. Tempoh perkhidmatan yang diambilkira tidak termasuk tempoh cuti tanpa gaji.

(b) Pensyarah Gred 45

Pensyarah Gred 45

  • Kadar ITKA RM300 sebulan diberi kepada anggota yang berkhidmat pada tahun ke 5 dan ke atas dalam gred yang sama atau setaraf. Tempoh perkhidmatan yang diambilkira tidak termasuk tempoh cuti tanpa gaji.

 

 

Tarikh Kuat Kuasa

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2006.

Pembatalan

Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, kadar ITKA bagi pegawai gred 41 dan 42 serta gred 45 yang ditetapkan di perenggan 3 Lampiran C8 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 adalah dibatalkan.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

SPP Bil.09/2005 Pekeliling Pindaan Imbuhan Tetap Khidmat Awam bagi Pegawai Gred 41 dan 42 Serta Gred 45

Secara ringkasnya, pekeliling ini memaklumkan keputusan Kerajaan melaksanakan penetapan satu gred satu kadar Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) bagi pegawai gred 41 dan 42 serta gred 45.

Nama Pekeliling : Pindaan Imbuhan Tetap Khidmat Awam bagi Pegawai Gred 41 dan 42 Serta Gred 45

Format Fail : PDF

Download : SPP Bil.09/2005 Pekeliling Pindaan Imbuhan Tetap Khidmat Awam bagi Pegawai Gred 41 dan 42 Serta Gred 45

Oleh : Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!