SPP Bil.07/2005 Pekeliling Penetapan Gaji Permulaan Skim Perkhidmatan Pegawai Farmasi

Pekeliling Penetapan Gaji Permulaan Skim Perkhidmatan Pegawai Farmasi

Tujuan Pekeliling Penetapan Gaji Permulaan Skim Perkhidmatan Pegawai Farmasi dikeluarkan

Surat pekeliling perkhidmatan ini bertujuan memaklumkan keputusan kerajaan mengenai perubahan penetapan matagaji permulaan skim perkhidmatan Pegawai Farmasi Gred U41 daripada P1T1: RM1738.43 kepada P1T4: RM1978.01.

Latar Belakang

Pada masa ini skim perkhidmatan Pegawai Farmasi Gred U41, U44, U48, U52, U54 menetapkan gaji permulaan pada Gred U41 : P1T1 RM1738.43. Walau bagaimanapun, perubahan sewajarnya dilaksanakan selaras dengan tempoh pengajian bagi graduan Farmasi iaitu selama empat (4) tahun dan penetapan perkhidmatan sebagai perkhidmatan wajib.

Perubahan Penetapan Gaji Permulaan

Penetapan gaji permulaan skim perkhidmatan Pegawai Farmasi di Gred U41: P1T1 RM1738.43 yang sedang berkuat kuasa diubah kepada Gred U41 : P1T4 RM1978.01. Tarikh kuat kuasa pelaksanaan gaji permulaan yang baru ini ialah mulai 1 Julai 2005.

Kaedah Penetapan Gaji Permulaan

Penetapan gaji permulaan bagi semua pegawai dalam skim perkhidmatan Pegawai Farmasi Gred U41 yang dilantik secara tetap adalah seperti berikut:

(a) Pegawai Farmasi Gred U41 yang dilantik pada atau selepas 1 Julai 2005 akan ditetapkan di matagaji P1T4 : RM1978.01;

(b) Pegawai Farmasi Gred U41 yang sedang berkhidmat pada 1 Julai 2005 dan berada di matagaji P1T3 dan ke bawah akan ditetapkan di matagaji P1T4 : RM1978.01; dan

(c) Pegawai Farmasi Gred U41 yang sedang berkhidmat pada 1 Julai 2005 dan berada di matagaji P1T4 dan ke atas tidak terlibat dengan penetapan gaji permulaan yang baru ini.

Pergerakan Gaji Tahunan

Pergerakan Gaji Tahunan Pegawai Farmasi Gred U41 yang berkhidmat sebelum 1 Julai 2005 dan berada di matagaji P1T3 dan ke bawah adalah ditetapkan seperti berikut:

(a) pegawai yang berada di matagaji P1T1 dan P1T2 yang mana Tarikh Pergerakan Gaji tahunannya pada 1 Julai atau 1 Oktober hendaklah diberi pergerakan gaji terlebih dahulu pada 1 Julai 2005 sebelum ditetapkan ke matagaji P1T4; dan

(b) pegawai yang berada di matagaji P1T3 yang mana Tarikh Pergerakan Gaji tahunannya pada 1 Julai atau 1 Oktober hendaklah diberi pergerakan gaji terlebih dahulu pada 1 Julai 2005 ke matagaji P1T4. Oleh yang demikian
pegawai tidak terlibat dengan penetapan gaji permulaan yang baru.

Tarikh Pergerakan Gaji

Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) bagi pegawai yang berkhidmat sebelum 1 Julai 2005 ditetapkan seperti berikut:

(a) pegawai yang berada di matagaji P1T1 dan P1T2 pada 31 Disember 2004, TPG tahunannya diubah kepada 1 Julai 2006;

(b) pegawai yang berada di matagaji P1T3 pada 31 Disember 2004 dan TPG tahunannya pada 1 Januari, 1 April dan 1 Julai adalah tidak berubah; dan

(c) pegawai yang berada di matagaji P1T3 pada 31 Disember 2004 yang mana TPG tahunannya pada 1 Oktober akan diubah kepada 1 Julai 2006.

Contoh Pelaksanaan

Contoh pelaksanaan penetapan gaji permulaan yang baru ini adalah seperti di Lampiran A.

 

 

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan surat pekeliling perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

SPP Bil.07/2005 Pekeliling Penetapan Gaji Permulaan Skim Perkhidmatan Pegawai Farmasi

Secara ringkasnya, pekeliling ini memaklumkan keputusan kerajaan mengenai perubahan penetapan matagaji permulaan skim perkhidmatan Pegawai Farmasi Gred U41 daripada P1T1: RM1738.43 kepada P1T4: RM1978.01.

Nama Pekeliling : Penetapan Gaji Permulaan Skim Perkhidmatan Pegawai Farmasi

Format Fail : PDF

Download : SPP Bil.07/2005 Pekeliling Penetapan Gaji Permulaan Skim Perkhidmatan Pegawai Farmasi

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!