SPP Bil.06/2010 Pekeliling Pemberian Bayaran Insentif Penempatan Sabah, Sarawak Atau Labuan, Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak Atau Labuan Dan Pemanjangan Kemudahan Perubatan Kepada Pegawai Bukan Warganegara Yang Dilantik Secara Kontrak (Contract Of Service)

Tujuan Pekeliling Pemberian Bayaran Insentif Penempatan Sabah, Sarawak Atau Labuan, Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak Atau Labuan Dan Pemanjangan Kemudahan Perubatan Kepada Pegawai Bukan Warganegara Yang Dilantik Secara Kontrak (Contract Of Service) dikeluarkan

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk memberi Bayaran Insentif Penempatan Sabah, Sarawak Atau Labuan dan Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak Atau Labuan kepada
pegawai bukan warganegara yang dilantik secara kontrak dan berkhidmat di Sabah, Sarawak atau Labuan.

Kerajaan juga bersetuju untuk memanjangkan kemudahan perubatan kepada keluarga bagi pegawai bukan warganegara yang dilantik secara kontrak dan berkhidmat di Malaysia.

Latar Belakang

Pegawai bukan warganegara yang dilantik secara kontrak diperuntukkan elaun dan kemudahan tertentu sebagaimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 – Dasar Dan Prosedur Pelantikan Secara Kontrak (Contract of Service).

Selaras dengan usaha Kerajaan untuk menarik dan mengekalkan pegawai bukan warganegara yang mempunyai kepakaran berkhidmat dengan agensi awam, peraturan mengenai pemberian elaun dan kemudahan kepada pegawai berkenaan telah ditambahbaik.

Pelaksanaan

Bagi tujuan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, lantikan secara kontrak bermaksud lantikan Contract of Service.

Bayaran Insentif Penempatan Sabah, Sarawak dan Labuan

Pelaksanaan Bayaran Insentif Penempatan Sabah, Sarawak atau Labuan adalah seperti berikut:
a. diberi kepada pegawai bukan warganegara yang dilantik secara kontrak dan berkhidmat di Sabah, Sarawak atau Labuan;

b. kadar Bayaran Insentif Penempatan Sabah, Sarawak atau Labuan adalah berdasarkan peratusan daripada lingkungan gaji seperti jadual di bawah:

Bayaran Insentif Penempatan Sabah, Sarawak atau Labuan hendaklah diberhentikan kepada pegawai dalam keadaan berikut:

i. Cuti Tanpa Gaji;
ii. tempoh Cuti Rehat termasuk Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am bagi jumlah yang melebihi 28 hari berturut-turut;
iii. tidak hadir bertugas atas sebab-sebab kesihatan walaupun dengan kebenaran setelah menggunakan Cuti Sakit sebanyak 15 hari yang layak;
iv. Cuti Bersalin;
v. Cuti kerana berkursus melebihi 92 hari; atau
vi. kombinasi mana-mana jenis cuti di perenggan (i) hingga (v) di atas yang melebihi 28 hari berturut-turut.

Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak Atau Labuan

Pelaksanaan Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak atau Labuan adalah seperti berikut:

a. diberi kepada pegawai bukan warganegara yang dilantik secara kontrak dan berkhidmat di Sabah, Sarawak atau Labuan;
b. kadar Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak atau Labuan adalah berdasarkan jadual di bawah:

pegawai bukan warganegara yang dilantik secara kontrak yang dibayar Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak atau Labuan tidak layak dibayar Imbuhan Tetap Perumahan;

pegawai bukan warganegara yang dilantik secara kontrak yang diperuntukkan rumah Kerajaan tidak layak dibayar Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak atau Labuan dan Imbuhan Tetap Perumahan;

pegawai bukan warganegara yang dilantik secara kontrak dan menduduki rumah Kerajaan yang diperuntukkan kepada suami atau isterinya tidak layak diberi Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak atau Labuan tetapi layak diberi Imbuhan Tetap Perumahan mengikut gred jawatannya;

jika pegawai suami dan isteri kedua-duanya bukan warganegara yang dilantik secara kontrak dan berkhidmat di Sabah, Sarawak atau Labuan, hanya seorang sahaja layak diberi Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak atau Labuan;

jika pegawai bukan warganegara yang dilantik secara kontrak yang suami atau isterinya adalah pegawai warganegara dan kedua-dua mereka berkhidmat di Sabah, Sarawak atau Labuan, pegawai bukan
warganegara layak diberi Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak atau Labuan dengan syarat suami atau isterinya dibayar Imbuhan Tetap Perumahan dan bukannya Elaun Perumahan Wilayah; dan

Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak atau Labuan hendaklah diberhentikan kepada pegawai dalam keadaan berikut:
i. Cuti Tanpa Gaji;
ii. tidak hadir bertugas atas sebab-sebab kesihatan walaupun dengan kebenaran setelah menggunakan Cuti Sakit sebanyak 15 hari yang layak; atau
iii. Cuti kerana berkursus melebihi 92 hari.

Pemanjangan Kemudahan Perubatan Kepada Keluarga Bagi Pegawai Bukan Warganegara Yang Dilantik Secara Kontrak

Pelaksanaan pemanjangan kemudahan perubatan kepada keluarga bagi pegawai bukan warganegara yang dilantik secara kontrak adalah seperti berikut:

ahli keluarga yang layak adalah terdiri daripada seorang suami atau isteri dan tiga orang anak yang berusia 18 tahun dan ke bawah yang diisytiharkan kepada Ketua Jabatan;

kemudahan perubatan yang ditanggung oleh Kerajaan adalah terhad kepada kemudahan yang disediakan oleh klinik/ hospital Kerajaan sahaja (tidak termasuk Institut Jantung Negara Sdn. Bhd.); dan

kemudahan perubatan tidak meliputi penyakit yang telah dihidapi oleh ahli keluarga bagi pegawai bukan warganegara yang dilantik secara kontrak sebelum pegawai dilantik dalam perkhidmatan. Bagi maksud tersebut, Ketua Jabatan hendaklah memastikan ahli keluarga bagi pegawai berkenaan menjalani pemeriksaan kesihatan dengan pengamal perubatan/ pergigian berdaftar.

Pegawai Lantikan Secara Kontrak Yang Sedang Berkhidmat

Bagi kontrak yang masih berkuat kuasa pada tarikh berkuatkuasanya Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, pegawai yang berkaitan layak menerima Bayaran Insentif Penempatan Sabah, Sarawak atau Labuan, Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak atau Labuan serta pemanjangan kemudahan perubatan kepada ahli keluarga mulai tarikh kuat kuasa Surat Pekeliling Perkhidmatan ini. Kelayakan tersebut adalah tertakluk kepada pematuhan terhadap semua syarat dan peraturan yang ditetapkan tanpa perlu menambah peruntukan baru mengenainya dalam syarat perjanjian kontrak yang telah ditandatangani.

 

Tarikh Kuat Kuasa

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Julai 2010.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

SPP Bil.06/2010 Pekeliling Pemberian Bayaran Insentif Penempatan Sabah, Sarawak Atau Labuan, Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak Atau Labuan Dan Pemanjangan Kemudahan Perubatan Kepada Pegawai Bukan Warganegara Yang Dilantik Secara Kontrak (Contract Of Service)

Secara ringkasnya, pekeliling ini ertujuan melaksanakan keputusan Kerajaan untuk memberi Bayaran Insentif Penempatan Sabah, Sarawak Atau Labuan dan Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak Atau Labuan kepada pegawai bukan warganegara yang dilantik secara kontrak dan berkhidmat di Sabah, Sarawak atau Labuan.

Nama Pekeliling : Pemberian Bayaran Insentif Penempatan Sabah, Sarawak Atau Labuan, Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak Atau Labuan Dan Pemanjangan Kemudahan Perubatan Kepada Pegawai Bukan Warganegara Yang Dilantik Secara Kontrak (Contract Of Service).

Format Fail : PDF

Download : SPP Bil.06/2010 Pekeliling Pemberian Bayaran Insentif Penempatan Sabah, Sarawak Atau Labuan, Bayaran Insentif Perumahan Sabah, Sarawak Atau Labuan Dan Pemanjangan Kemudahan Perubatan Kepada Pegawai Bukan Warganegara Yang Dilantik Secara Kontrak (Contract Of Service)

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!