SPP Bil.05/2008 Pekeliling Pihak Berkuasa Meluluskan Penerimaan Hadiah Oleh Jabatan Kerajaan

Pekeliling Pihak Berkuasa Meluluskan Penerimaan Hadiah Oleh Jabatan Kerajaan

Tujuan Pekeliling Pihak Berkuasa Meluluskan Penerimaan Hadiah Oleh Jabatan Kerajaan dikeluarkan

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk meminda peruntukan perenggan 18, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998 iaitu mengenai pihak berkuasa yang boleh meluluskan penerimaan hadiah oleh Jabatan Kerajaan.

Latar Belakang

Di bawah perenggan 18, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998, Jabatan Kerajaan dibenarkan menerima hadiah daripada pihak swasta atau mana-mana pihak lain. Walau bagaimanapun, penerimaan hadiah itu mestilah memperoleh kebenaran daripada:

(a) Ketua Setiausaha atau Pegawai Pengawal, jika nilai hadiah tiap-tiap satu kurang daripada RM10,000.00. Kuasa Ketua Setiausaha atau Pegawai Pengawal meluluskan penerimaan hadiah ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti di Lampiran ‘D’; atau

(b) Perbendaharaan, jika nilai hadiah tiap-tiap satu bernilai RM10,000.00 atau lebih.

Untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam, Kerajaan telah memutuskan kuasa memberi kebenaran bagi penerimaan hadiah yang bernilai melebihi RM10,000.00 oleh Jabatan Kerajaan diturunkan daripada Perbendaharaan kepada Ketua Setiausaha Kementerian atau Pegawai Pengawal.

Pindaan Perenggan 18 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998

Bagi maksud melaksanakan keputusan Kerajaan tersebut, perenggan 18, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998 adalah dipinda dengan menggantikan keseluruhan perenggan tersebut dengan perenggan 18 yang baru seperti berikut:

“18. Jabatan Kerajaan dibenarkan menerima hadiah daripada pihak swasta atau mana-mana pihak lain dan penerimaan hadiah itu mestilah mendapat kebenaran daripada Ketua Setiausaha Kementerian atau Pegawai Pengawal. Kuasa Ketua Setiausaha Kementerian atau Pegawai Pengawal meluluskan penerimaan hadiah ini tertakluk kepada syarat-syarat seperti di Lampiran ‘D’ dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998 seperti dilampirkan.”

 

 

Tarikh Kuat Kuasa

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan.

SPP Bil.05/2008 Pekeliling Pihak Berkuasa Meluluskan Penerimaan Hadiah Oleh Jabatan Kerajaan

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk meminda peruntukan perenggan 18, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998 iaitu mengenai pihak berkuasa yang boleh meluluskan penerimaan hadiah oleh Jabatan Kerajaan.

Nama Pekeliling : Pihak Berkuasa Meluluskan Penerimaan Hadiah Oleh Jabatan Kerajaan

Format Fail : PDF

Download : SPP Bil.05/2008 Pekeliling Pihak Berkuasa Meluluskan Penerimaan Hadiah Oleh Jabatan Kerajaan

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Add Comment