SPP Bil.05/2002 Pekeliling Kaedah Pergerakan Gaji Pegawai Cuti Belajar Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji di Bawah Sistem Saraan Malaysia

vPekeliling Kaedah Pergerakan Gaji Pegawai Cuti Belajar Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Tujuan Pekeliling Kaedah Pergerakan Gaji Pegawai Cuti Belajar Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji di Bawah Sistem Saraan Malaysia dikeluarkan

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memberi penjelasan lanjut kepada perenggan 63 dan 64, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 dan perenggan 50 dan 51, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2002, iaitu mengenai kaedah pergerakan gaji pegawai yang diluluskan cuti belajar, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji di bawah Sistem Saraan Malaysia.

Definisi

Untuk maksud Surat Pekeliling Perkhidmatan ini:

cuti belajar bergaji penuh (CBBP)” ialah cuti yang diluluskan oleh pihak berkuasa melulus kepada seseorang pegawai untuk mengikuti kursus latihan atau pengajian dan dalam tempoh tersebut pegawai dibayar gaji penuh sama ada dengan atau tanpa penajaan;

cuti separuh gaji (CSG)” ialah cuti yang diluluskan oleh pihak berkuasa melulus kepada seseorang pegawai untuk mengikuti kursus latihan atau pengajian atau kerana mengidap penyakit tertentu iaitu tibi, kusta, barah atau penyakit lain yang seumpamanya yang diperakukan oleh Lembaga Perubatan. Dalam tempoh tersebut pegawai dibayar separuh gaji; dan

cuti tanpa gaji (CTG)” ialah cuti yang diluluskan oleh pihak berkuasa melulus untuk tujuan belajar, mengikuti suami atau isteri belajar atau bertugas di dalam atau luar negara.

Latar Belakang

Sistem Saraan Malaysia telah membuat beberapa penambahbaikan syarat-syarat perkhidmatan, antaranya ialah pergerakan gaji tahunan secara sebenar kepada pegawai yang diluluskan CBBP dan pergerakan gaji secara isyarat kepada pegawai yang diluluskan CSG dan CTG.

 

Kaedah Pelaksanaan

Cuti Belajar Bergaji Penuh

Sistem Saraan Malaysia membuat penambahbaikan dengan membolehkan pegawai yang diluluskan CBBP diberi pergerakan gaji sebenar sepanjang tempoh kursus. Pergerakan gaji sebenar boleh dibayar kepada pegawai yang diluluskan CBBP mulai 1 November 2002 dan yang masih dalam CBBP pada atau selepas 1 November 2002.

Bagi pegawai yang masih dalam CBBP pada 1 November 2002, pergerakan gaji secara isyarat yang telah diberi akan dibayar secara sebenar mulai 1 November 2002 tanpa bayaran kebelakangan bagi tempoh sebelum tarikh tersebut. Contoh pelarasan gaji seperti Lampiran A.

Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji

Pegawai dalam CSG atau CTG yang tidak melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar mendapat pergerakan gaji seperti berikut:

  • jika tarikh pergerakan gaji berada di luar tempoh CSG atau CTG, pegawai mendapat pergerakan gaji secara sebenar. Contoh pergerakan gaji seperti Lampiran B;
  • jika tarikh pergerakan gaji berada dalam tempoh CSG atau CTG, pegawai CSG mendapat pergerakan gaji secara sebenar atas kadar separuh gaji, manakala pegawai CTG pula mendapat pergerakan gaji secara isyarat; dan
  • pergerakan gaji secara isyarat pegawai CTG di perenggan (ii) di atas tidak diambil kira sebagai tiga kali pergerakan gaji secara isyarat di bawah Sistem Saraan Malaysia kerana CTG pegawai tidak melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar. Contoh pergerakan gaji seperti Lampiran C dan C1.

Pegawai yang diluluskan CSG atau CTG melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar diberi pergerakan gaji secara isyarat tidak lebih daripada tiga kali sepanjang tempoh perkhidmatan mulai tahun 2003. Kesan CSG atau CTG kepada pergerakan gaji secara isyarat pegawai ialah pada tahun berikutnya. Kaedahnya adalah seperti berikut:

  • diberi tiga kali pergerakan gaji secara isyarat sepanjang tempoh perkhidmatan dengan Kerajaan, sama ada perkhidmatan itu berterusan atau terputus;
  • pergerakan gaji secara isyarat yang diterima sebelum tahun 2003 tidak diambil kira sebagai tiga kali pergerakan gaji secara isyarat di bawah Sistem Saraan Malaysia; dan
  • pegawai yang CSG atau CTG atas sebab selain daripada yang ditakrifkan dalam perenggan 2 tidak layak mendapat pergerakan gaji secara isyarat.

Contoh pergerakan gaji seperti di Lampiran D, D1 dan D2.

Pergerakan gaji secara isyarat yang telah diberikan semasa CSG atau CTG akan diselaraskan secara sebenar mulai tarikh pegawai melapor diri bertugas semula.

Penilaian Tahap Kecekapan Semasa Bercuti

Pegawai CBBP boleh dibenarkan menduduki Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Sekiranya pegawai lulus PTK, mereka layak dipertimbangkan anjakan gaji pada tahun berikutnya walaupun pegawai sedang CBBP.

Pegawai CSG dan CTG boleh dibenarkan menduduki PTK tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan atas perbelanjaan sendiri. Untuk tujuan ini, Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang digunakan ialah LNPT terakhir sebelum pegawai bercuti. Sekiranya pegawai lulus PTK, mereka boleh dipertimbangkan anjakan gaji selepas melapor diri bertugas tertakluk kepada:

  • mempunyai LNPT selepas kembali melapor diri bertugas; dan
  • diperakukan oleh Ketua Jabatan.

 

Pemakaian

Pemakaian Surat Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan, tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing.

Tarikh Kuat Kuasa

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini dikuatkuasakan mulai 1 November 2002.

SPP Bil.05/2002 Pekeliling Kaedah Pergerakan Gaji Pegawai Cuti Belajar Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Secara ringkasnya, Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan memberi penjelasan lanjut kepada perenggan 63 dan 64, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 dan perenggan 50 dan 51, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2002, iaitu mengenai kaedah pergerakan gaji pegawai yang diluluskan cuti belajar, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji di bawah Sistem Saraan Malaysia.

Nama Pekeliling : Kaedah Pergerakan Gaji Pegawai Cuti Belajar Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Format Fail : PDF

Download : SPP Bil.05/2002 Pekeliling Kaedah Pergerakan Gaji Pegawai Cuti Belajar Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Add Comment