SPP Bil.03/2016 Pekeliling Kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tujuan Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam

Tujuan Pekeliling Kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tujuan Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam dikeluarkan

Surat pekeliling perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklum dan melaksanakan keputusan kerajaan mengenai kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tujuan pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam.

Latar Belakang

Kerajaan telah bersetuju supaya pelajar lulusan Program Matrikulasi KPM yang dianugerahkan Sijil Matrikulasi KPM diberi peluang untuk memohon berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam. Sehubungan itu, peringkat kemasukan bagi pemegang kelayakan Sijil Matrikulasi KPM ke dalam Perkhidmatan Awam ditetapkan pada Gred 29 dalam skim perkhidmatan berkaitan.

Kelayakan Sijil Matrikulasi KPM Bagi Tujuan Pelantikan Ke dalam Perkhidmatan Awam

 

Calon yang memiliki Sijil Matrikulasi KPM adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana di Gred 29 yang bersesuaian. Gaji permulaan bagi kelayakan Sijil Matrikulasi KPM ditetapkan bersamaan dengan gaji minimum dalam jadual gaji minimum-maksimum skim perkhidmatan berkaitan. Senarai skim perkhidmatan dan penetapan gaji permulaan adalah seperti di Lampiran A.

 

Tarikh Kuat Kuasa

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2017.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaanya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

SPP Bil.03/2016 Pekeliling Kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tujuan Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk memaklum dan melaksanakan keputusan kerajaan mengenai kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tujuan pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam.

Nama Pekeliling : Kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tujuan Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam

Format Fail : PDF

Download : SPP Bil.03/2016 Pekeliling Kelayakan Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Bagi Tujuan Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!