SPP Bil.03/2006 Pekeliling Perubahan Penghuraian Tugas Perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam

Pekeliling Perubahan Penghuraian Tugas Perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam

Tujuan Pekeliling Perubahan Penghuraian Tugas Perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam dikeluarkan

Surat pekeliling perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan penghuraian tugas perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U17, U22, U24.

Latar Belakang

Sebagaimana dimaklumi, perubahan skim perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U17, U22, U24 telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2005 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2005. Berikutan perubahan tersebut, penghuraian tugas yang disertakan di Lampiran C pekeliling berkenaan didapati tidak mencerminkan skop fungsi bidang tugas Pembantu Kesihatan Awam yang sebenar. Sehubungan itu, penghuraian tugas yang ada telah dimantap dan dikemaskini sejajar dengan keperluan sebenar perkhidmatan.

 

Pelaksanaan

Sejajar dengan pemantapan dan pengemaskinian penghuraian tugas tersebut, maka penghuraian tugas baru Pembantu Kesihatan Awam adalah seperti di Lampiran A. Ia menggantikan penghuraian tugas di Lampiran C Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2005. Semua ketua jabatan/ ketua perkhidmatan dikehendaki mengikut penghuraian tugas ini.

 

Tarikh Kuat Kuasa

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2006.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan surat pekeliling perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

SPP Bil.03/2006 Pekeliling Perubahan Penghuraian Tugas Perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam

Surat pekeliling perkhidmatan ini bertujuan untuk menjelaskan penghuraian tugas perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam Gred U17, U22, U24.

Nama Pekeliling : Perubahan Penghuraian Tugas Perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam

Format Fail : PDF

Download : SPP Bil.03/2006 Pekeliling Perubahan Penghuraian Tugas Perkhidmatan Pembantu Kesihatan Awam

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!