SPP Bil.02/2017 Pekeliling Kebenaran Gantian Cuti Rehat Melebihi 150 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan

Surat Pekeliling Kebenaran gantian Cuti Rehat Melebihi 150 Hari digunakan Sebagai Cuti Rehat pada Tahun Persaraan

Tujuan Surat Pekeliling Kebenaran Gantian Cuti Rehat Melebihi 150 Hari digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan dikeluarkan

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanaan keputusan Kerajaa bagi membenarkan Gantian Cuti Rehat (GCR) yang dikumpul melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.

Latar Belakang

GCR bagi peawai berpencen Perkhidmatan Awam Persekutuan diperuntukan di bawah Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Pencen 1980, iaitu sebagai satu faedah di bawah Akta Pencen 1980 (Akta 227).

Berdasarkan peraturan semasa, GCR yang dikumpul melebihi 150 hari tidak akan diambil kira untuk bayaran “award” wang tunai apabila pegawai bersara. Sebagai penambahbaikan, Kerajaan telah bersetuju membenarkan GCR melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pad atahun persaraan. Bagi maksud ini, thaun persaraan adalah dikira dua belas (12) bulan sebelum tarikh persaraan pegawai.

 

Pelaksanaan

 

Pegawai yang layak untuk menggunakan kemudaha ini adlaah GCR yang melebihi 150 hari boleh digunakan sebagai cuti rehat. Pegawai boleh menggunakan cuti ini secara sekaligus ataupun berperingkat dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh berasar tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.

Berkuatkuasa 1 Januari 2018, GCR yang dikumpulkan melebihi 150 hari sepanjang perkhidmatan boleh digunakan sebagai cuti rehat dan cuti rehat khas pada tahun akhir persaraan.

Tanggungjawab Ketua Jabatan

Ketua Jabatan hendaklah :

  • Memastikan pengumpuan GCR yang dibuat sepanjang tempoh perkhidmatan adalah teratur.
  • Memastikan GCR yang dikumpul melebihi 150 hari melalui borang JPA.BP.UMUM.B02.Pin.
  • Meluluskan cuti rehat yang dipohon oleh pegawai tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
  • Merekodkan kelulusan ini dalam Buku Rekod Perkhidmatan
  • Menggunakan aplikasi Sistem Pengiraan GCR yang boleh dimuat turun di portal www.jpapencen.gov.my untuk tujuan pengiraan GCR yang tepat di akhir perkhidmatan.

Pengekalan

Peraturan, syarat, kaedah pengumoulan, perkiraan dan prosedur permohonan GCR yang diperuntukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Thaun 2003, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2004, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005 dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2008 adalah masih terpakai dan hendaklah dibaca bersama dengan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini.

Tarikh Kuat Kuasa

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaanya oleh pihak berkuasa masing-masing, Surat Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak berkuasa Tempatan.

SPP Bil.02/2017 Pekeliling Kebenaran Gantian Cuti Rehat Melebihi 150 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan

Secara ringkasnya, pekeliling ini mengenai keputusan Kerajaan bagi memberi kebenaran Gantian Cuti Rehat GCR yang dikumpulkan melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan.

Nama Pekeliling : Kebenaran Gantian Cuti Rehat Melebihi 150 Hari digunakan Sebagai Cuti Rehat pada Tahun Persaraan 

Format Fail : PDF

Download : SPP Bil.02/2017 Pekeliling Kebenaran Gantian Cuti Rehat Melebihi 150 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!