SPP Bil.02/2009 Pekeliling Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam

Pekeliling Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi PEgawai Perkhidmatan Awam

Tujuan Pekeliling Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam dikeluarkan

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan beberapa penambahbaikan bagi memantapkan peraturan pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam yang sedia ada.

Latar Belakang

Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam pada masa ini adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002, Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan di
Lampiran A2 (Panduan Pelaksanaan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam Malaysia). Pekeliling ini mengandungi tujuan penilaian prestasi, prinsip asas, ciri-ciri dan peranan Pegawai Yang Dinilai (PYD), Pegawai Penilai Pertama (PPP), Pegawai Penilai Kedua (PPK), Ketua Jabatan, Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) dan Urus Setia PPSM.

Usaha pemantapan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan penilaian prestasi dan menyediakan panduan yang lebih jelas kepada pegawai yang terlibat. Ia juga membantu Pegawai Penilai untuk membuat penilaian yang lebih objektif, adil dan telus khususnya berkaitan dengan penetapan Sasaran Kerja Tahunan (SKT), pencapaian SKT, penilaian dan pemberian markah.

Pemantapan Pengurusan Penilaian Prestasi

Pemantapan ini meliputi Aliran Proses Pengurusan Penilaian Prestasi, SKT dan Laporan Pencapaian, Penilaian Aspek Kegiatan dan Sumbangan di Luar Tugas Rasmi, Kategori Pencapaian Prestasi Pegawai dan Penjelasan Pemberian Markah Prestasi 90% Dan Ke Atas seperti berikut:

Aliran Proses Pengurusan Penilaian Prestasi

  • Aliran pusingan proses pengurusan penilaian prestasi di Kembaran
    D dan D1, Lampiran A2 kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 dipinda kepada Aliran Proses Pengurusan Penilaian Prestasi seperti Lampiran A dan Lampiran A1. Pindaan ini adalah untuk membolehkan PYD, PPP, PPK, Ketua Jabatan, PPSM dan Urus Setia PPSM melaksanakan peranan dan fungsi masing-masing secara lebih berkesan mengikut jadual dan tempoh masa yang lebih sesuai dalam menguruskan penilaian prestasi.

Sasaran Kerja Tahunan Dan Laporan Pencapaian

  • Lampiran A3 kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002 telah menyediakan garis panduan bagi penyediaan SKT. Bagi memastikan PYD menyediakan SKT dan Laporan Pencapaian yang lebih objektif dan seragam serta membantu Pegawai Penilai membuat penilaian yang lebih menggambarkan pencapaian sebenar PYD, format borang SKT diubah suai dengan menyediakan ruangan pencapaian seperti di Lampiran B.

Penilaian Aspek Kegiatan Dan Sumbangan Di Luar Tugas Rasmi

  • Bagi membantu PYD mengisi senarai kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi dan juga sebagai panduan kepada Pegawai Penilai membuat pemarkahan yang lebih tepat, contoh pengisian kegiatan dan sumbangan yang lebih lengkap dan terperinci disediakan seperti di Lampiran C. Di samping itu, skala penilaian bagi kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi juga diperjelaskan bagi membantu Pegawai Penilai memberikan markah penilaian seperti di Lampiran
    C1.

Kategori Pencapaian Prestasi Pegawai

  • Kategori pencapaian prestasi pegawai boleh dinilai sebagai cemerlang, baik, sederhana, kurang memuaskan dan lemah berdasarkan aspek kepimpinan, penghasilan kerja, pengetahuan, kemahiran, kepakaran, kualiti peribadi serta kegiatan dan sumbangan di luar tugas rasmi. Penjelasan bagi setiap kategori pencapaian prestasi pegawai ini adalah seperti di Lampiran D. Kategori ini diperkenalkan bagi membantu Pegawai Penilai memberi markah penilaian yang selari dengan pencapaian prestasi PYD.

Penjelasan Pemberian Markah Prestasi 90% Dan Ke Atas

  • Pegawai Penilai yang memberi markah penilaian 90% dan ke atas hendaklah menyatakan dalam ulasan mereka terhadap penghasilan nilai yang dihasilkan oleh PYD yang melayakkan pegawai berkenaan menerima penilaian cemerlang 90% dan ke atas. Contohnya seperti penambahbaikan atau pembaharuan yang dilaksanakan berkaitan dengan kerja dan bidang tugasnya atau lainlain aktiviti yang memberi faedah kepada organisasi, perkhidmatan awam atau negara pada tahun yang dinilai seperti sumbangan atau penglibatan yang mendapat pengiktirafan di peringkat Komuniti/ Daerah/ Jabatan/ Kementerian/ Negeri/ Negara/ Antarabangsa. Jika perlu, Pegawai Penilai boleh menyediakan penjelasan atau senarai aktiviti penghasilan nilai yang dihasilkan oleh PYD dalam lampiran yang berasingan dan disertakan bersama Borang Laporan Penilaian¬†Prestasi Tahunan (LNPT).

 

Pembatalan

Dengan berkuat kuasanya Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, Kembaran D dan D1 di Lampiran A2 kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 adalah dibatalkan.

Tarikh Kuat Kuasa

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masingmasing, peruntukan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya adalah dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

SPP Bil.02/2009 Pekeliling Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk memperkenalkan beberapa penambahbaikan bagi memantapkan peraturan pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam yang sedia ada.

Nama Pekeliling : Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam

Format Fail : PDF

Download : SPP Bil.02/2009 Pekeliling Pemantapan Pengurusan Sistem Penilaian Prestasi Pegawai Perkhidmatan Awam

Oleh : Ketua Setiausaha Negara

Add Comment