SPP Bil.02/2008 Pekeliling Penjelasan Mengenai Pelaksanaan Mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan

Pekeliling Penjelasan Mengenai Pelaksanaan Mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan

Tujuan Pekeliling Penjelasan Mengenai Pelaksanaan Mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan dikeluarkan

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan mengenai pelaksanaan mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2007.

Latar Belakang

Pelaksanaan peraturan mengenai pengosongan Rumah Biasa Kerajaan oleh pegawai Kerajaan yang memiliki rumah melalui pembiayaan Skim Pinjaman/ Pembiayaan Perumahan Kerajaan adalah sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2007.

 

Pelaksanaan

Bagi memastikan pelaksanaan pengosongan Rumah Biasa Kerajaan adalah teratur, beberapa perkara dijelaskan seperti berikut :-

a) Pegawai yang masih menduduki Rumah Biasa Kerajaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya pada 1 Januari 2002, telah memiliki rumah yang dibeli melalui Skim Pinjaman/ Pembiayaan Rumah Kerajaan dan siap serta selamat untuk diduduki di bawah perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2007 adalah dikecualikan daripada bayaran sewa dua kali ganda tertakluk pegawai mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan sebelum atau pada 1 April 2008. Sekiranya pegawai masih menduduki Rumah Biasa Kerajaan selepas tarikh tersebut, pegawai akan dikenakan bayaran sewa dua kali ganda mulai 2 April 2008.

b) Pegawai yang masih menduduki Rumah Biasa Kerajaan pada atau selepas 1 September 2007, telah memiliki rumah yang dibeli melalui Skim Pinjaman/ Pembiayaan Rumah Kerajaan dan siap serta selamat untuk diduduki adalah dikecualikan daripada bayaran sewa dua kali ganda tertakluk pegawai mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan sebelum atau pada 1 April 2008. Sekiranya pegawai masih menduduki Rumah Biasa Kerajaan selepas tarikh tersebut, pegawai akan dikenakan bayaran sewa dua kali ganda mulai 2 April 2008.

c) Pegawai yang masih menduduki Rumah Biasa Kerajaan selepas 1 April 2008 kerana rumah yang dibeli melalui Skim Pinjaman/ Pembiayaan Rumah Kerajaan masih belum siap dan selamat untuk diduduki, pegawai hendaklah mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan tersebut dalam tempoh 45 hari mulai dari tarikh Sijil Layak Duduk (CF) dan kunci rumah diterima oleh pegawai. Sekiranya pegawai masih menduduki Rumah Biasa Kerajaan selepas tempoh 45 hari tersebut, pegawai akan dikenakan bayaran sewa dua kali ganda.

 

Tarikh Kuat Kuasa

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Surat Pekeliling Perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

SPP Bil.02/2008 Pekeliling Penjelasan Mengenai Pelaksanaan Mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan menjelaskan mengenai pelaksanaan mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2007.

Nama Pekeliling : Penjelasan Mengenai Pelaksanaan Mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan

Format Fail : PDF

Download : SPP Bil.02/2008 Pekeliling Penjelasan Mengenai Pelaksanaan Mengosongkan Rumah Biasa Kerajaan

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Add Comment