SPP Bil.02/2004 Pekeliling Pindaan Dasar Pemindahan Kontrak Pemegang-pemegang Biasiswa/Dermasiswa Persekutuan/Hadiah Latihan Persekutuan

Pekeliling Pindaan Dasar Pemindahan Kontrak Pemegang-pemegang Biasiswa/Dermasiswa Persekutuan/Hadiah Latihan Persekutuan

Tujuan Pekeliling Pindaan Dasar Pemindahan Kontrak Pemegang-pemegang Biasiswa/Dermasiswa Persekutuan/Hadiah Latihan Persekutuan dikeluarkan

Tujuan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini adalah untuk memaklumkan mengenai keputusan Kerajaan meminda Dasar Pemindahan Kontrak Pemegang Biasiswa/Dermasiswa/Hadiah Latihan Persekutuan sebagaimana Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1988.

Latar Belakang

Pada masa ini Kerajaan membenarkan pemegang-pemegang Biasiswa/Dermasiswa/Hadiah Latihan Persekutuan menamatkan tempoh kontraknya dengan Kerajaan dengan berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri-Menteri Persekutuan/Menteri-Menteri Besar/Ketua-Ketua Menteri atau menjadi Anggota Pentadbiran Kerajaan, juga berkhidmat semula dengan Badan-Badan Berkanun dan Syarikat-Syarikat yang Kerajaan mempunyai kepentingan di dalamnya dan Pihak Berkuasa Tempatan. Walau bagaimanapun, dengan kebenaran tersebut Kerajaan telah menghadapi masalah kekurangan pegawai, terutama pegawai perubatan di hospital Kerajaan dan Institusi Pengajian Tinggi Awam kerana ramai yang berpindah ke Syarikat-Syarikat yang Kerajaan mempunyai kepentingan seperti Hospital Swasta dan sebagainya. Sehubungan itu Kerajaan telah memutuskan agar pemindahan kontrak pegawai-pegawai perubatan dan pegawai-pegawai lain yang ditaja oleh Jabatan Perkhidmatan Awam ke Syarikat-Syarikat Kerajaan atau Syarikatsyarikat yang Kerajaan mempunyai kepentingan tidak dibenarkan lagi.

 

Pelaksanaan

Untuk melaksanakan dasar tersebut, maka para 2.3 dan 3.1 kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1988 mengenai “Pemindahan Kontrak Pemegang-Pemegang Biasiswa/Dermasiswa Persekutuan/Hadiah Latihan
Persekutuan” dipinda –

a) Dengan menggantikan para 2.3 dengan para yang berikut;

“ 2.3 Kerajaan juga telah memutuskan bahawa pemegang-pemegang Biasiswa/Dermasiswa/Hadiah Latihan Persekutuan yang telah meninggalkan perkhidmatan Kerajaan dan telah dituntut gantirugi, tetapi berkhidmat semula dengan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun, Universiti-Universiti Tempatan, Pihak Berkuasa Tempatan, menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri- Menteri Besar/Ketua-Ketua Menteri atau menjadi Anggota Pentadbiran Kerajaan boleh diambilkira perkhidmatannya yang baru itu untuk melengkapkan kontrak yang belum disempurnakan dahulu. ”; dan

b) dengan menggantikan para 3.1 dengan para yang berikut;

“ 3.1 Maka dengan ini ditetapkan bahawa perkhidmatan sebagai Setiausaha Politik, Anggota Pentadbiran Kerajaan, perkhidmatan dengan Badan-Badan Berkanun, Universiti-Universiti Tempatan dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah disifatkan sebagai perkhidmatan dengan Kerajaan bagi maksud memenuhi syarat-syarat Perjanjian Biasiswa/Hadiah Latihan. ”.

Kelayakan

Bayaran Pembaharuan Lesen Memandu diperuntukkan kepada pegawai bertaraf tetap dan kontrak yang dilantik sebagai :

 

Tarikh Kuat Kuasa

Surat Pekeliling ini mula berkuat kuasa mengikut tarikh semasa.

Am

Jika terdapat apa-apa keraguan semasa melaksanakan Pindaan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, Ketua-Ketua Jabatan adalah diminta supaya menghubungi Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Latihan di alamat berikut:

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Latihan
Aras 6, Blok C1, Parcel C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(U/P: Unit Dasar Latihan)

SPP Bil.02/2004 Pekeliling Pindaan Dasar Pemindahan Kontrak Pemegang-pemegang Biasiswa/Dermasiswa Persekutuan/Hadiah Latihan Persekutuan

Secara ringkasnya, pekeliling ini mengenai penambahbaikan proses bayaran balik pembaharuan lesen memandu agar lebih berkesan.

Nama Pekeliling : Pindaan Dasar Pemindahan Kontrak Pemegang-pemegang Biasiswa/ Dermasiswa Persekutuan/ Hadiah Latihan Persekutuan

Format Fail : PDF

Download : SPP Bil.02/2004 Pekeliling Pindaan Dasar Pemindahan Kontrak Pemegang-pemegang Biasiswa/Dermasiswa Persekutuan/Hadiah Latihan Persekutuan

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!