SPP Bil.01/2017 Pekeliling Penambahbaikan Peraturan Pelaksanaan Dan Penjelasan Berhubung Rawatan Di Institut Jantung Negara Sdn.Bhd

Surat Pekeliling Penambahbaikan Peraturan Pelaksanaan Kemudahan Perubatan dan Penjelasan Berhubung Rawatan di Institut Jantung Negara Sd. Bhd.

Tujuan Pekeliling Penambahbaikan pEraturan Pelaksanaan dan Penjelasan Berhubung Rawatan di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd dikeluarkan

Surat pekeliling perkhidmatan ini bertujuan untuk menambah baik peraturan kemudahan perubatan di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. (IJNSB) bagi pegawai/pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan, ibu bapa pegawai dan ahli keluarga pegawai/pesara yang berkelayakan untuk mendapat rawatan di IJNSB.

Surat pekeliling ini juga bertujuan menjelaskan pelaksanaan perbelanjaan rawatan di IJNSB kepada pegawai/pesara Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, ibu bapa pegawai dan ahli keluarga pegawai/pesara yang berkelayakan agar dapat dilaksanakan dengan teratur.

Latar Belakang

Peraturan berkaitan kemudahan perubatan pada masa ini telah dijelaskan melalui Perintah Am Bab F (Kemudahan Perubatan) Tahun 1974, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 21 Tahun 2009 – Peraturan Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan (PP Bil. 21/2009) dan Surat Edaran rujukan JPA(SARAAN)(S)264/15/16-4 Jld.8(60) bertarikh 21 April 2010 – Pindaan Peraturan Permohonan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan Bagi Rawatan Di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd.

 

Pelaksanaan

 

Pakar Perubatan Kecemasan Dimasukkan Sebagai Pakar Rujuk Rawatan di IJNSB

Peraturan semasa menetapkan pegawai/pesara, ibu bapa pegawai dan ahli keluarga pegawai/pesara yang berkelayakan perlu dirujuk oleh Pakar Perubatan Umum (Physician), Pakar Kardiologi di hospital/klinik Kerajaan atau swasta untuk mendapat rawatan percuma di IJNSB.

Bagi menambah baik pelaksanaan kemudahan perubatan di IJNSB, Kerajaan telah bersetuju supaya doktor pakar dalam bidang kecemasan (Pakar Perubatan Kecemasan) dari hospital/klinik Kerajaan atau swasta dimasukkan sebagai salah seorang pakar yang boleh merujuk pegawai/pesara, ibu bapa pegawai dan ahli keluarga pegawai/pesara yang berkelayakan untuk mendapat rawatan percuma di IJNSB.

Peraturan Perbelanjaan dan Bayaran Rawatan di IJNSB

Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan peraturan permohonan perbelanjaan kemudahan perubatan seperti mana diperuntukkan melalui PP Bil. 21/2009.

Selaras hasrat mengutamakan kebajikan pegawai Perkhidmatan Awam,pelaksanaan berkaitan permohonan perbelanjaan kemudahan rawatan perubatan di IJNSB adalah seperti berikut:

  • bagi pegawai/pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan, ibu bapa pegawai dan ahli keluarga yang berkelayakan, permohonan perbelanjaan kemudahan tersebut akan dipertimbangkan dan diluluskan oleh KKM;
  • bagi pegawai/pesara Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, ibu bapa pegawai dan ahli keluarga yang berkelayakan, permohonan perbelanjaan kemudahan tersebut akan dipertimbangkan dan diluluskan oleh Ketua Jabatan masing-masing;
  • IJNSB hendaklah mengemukakan tuntutan kepada KKM atau Ketua Jabatan pegawai/pesara bagi perbelanjaan kemudahan rawatan perubatan di bawah tanggungan masing-masing; dan
  • penggunaan Borang Tuntutan 1/09 seperti di perenggan 11(iv), PP Bil. 21/2009 adalah tidak terpakai bagi kemudahan perubatan yang diperoleh di IJNSB sahaja.

Pembatalan

Dengan berkuatkuasanya Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, perenggan 11(iv), PP Bil. 21/2009 dan Surat Edaran rujukan JPA(SARAAN)(S)264/15/16-4 Jld.8(60) bertarikh 21 April 2010 adalah dibatalkan.

Tarikh Kuat Kuasa

Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai tarikh ia dikeluarkan.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaanya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

SPP Bil.01/2017 Penambahbaikan Peraturan Pelaksanaan Dan Penjelasan Berhubung Rawatan Di Institut Jantung Negara Sdn.Bhd

Secara ringkasnya, pekeliling ini mengenai penambahbaikan peraturan pelaksanaan dan penjelasan behrubung rawatan di institut jantung negara IJN.

Nama Pekeliling : Penambahbaikan Peraturan Pelaksanaan dan Penjelasan Berhubung Rawatan di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd 

Format Fail : PDF

Download : SPP Bil.01/2017 Pekeliling Penambahbaikan Peraturan Pelaksanaan Dan Penjelasan Berhubung Rawatan Di Institut Jantung Negara Sdn.Bhd

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!