SPP Bil.01/2014 Pekeliling Perubahan Penetapan Gaji Permulaan Berikutan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Tahun 2013 Dan Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum – Maksimum Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Tujuan Pekeliling Perubahan Penetapan Gaji Permulaan Berikutan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Tahun 2013 Dan Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum – Maksimum Di Bawah Sistem Saraan Malaysia dikeluarkan

Surat pekeliling perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklum dan melaksanakan perubahan penetapan gaji permulaan bagi skim perkhidmatan yang berkuat kuasa selaras dengan penambahbaikan skim-skim perkhidmatan yang dilaksanakan pada tahun 2013 serta penambahbaikan struktur Jadual Gaji Minimum – Maksimum (JGMM) di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 36 Tahun 2013 – Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum – Maksimum Gred 1 Hingga Gred 54 Di Bawah Sistem Saraan Malaysia (PP 36/2013).

 

Definisi

Dalam surat pekeliling perkhidmatan ini, “gaji permulaan” bermaksud matagaji yang ditetapkan untuk seorang pegawai yang baru dilantik tertakluk kepada skim perkhidmatan berkenaan.

Latar Belakang

 

Pada tahun 2013, kerajaan telah bersetuju dengan penambahbaikan skim perkhidmatan yang telah dilaksanakan melalui 29 Pekeliling Perkhidmatan dan 2 surat pelaksanaan. Berikutan penambahbaikan tersebut, terdapat pindaan syarat lantikan dalam skim-skim perkhidmatan tertentu.

Kerajaan juga telah memutuskan supaya struktur JGMM bagi Gred 1 hingga Gred 40 dalam Kumpulan Pelaksana serta Gred 41 hingga Gred 54 dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional ditambah baik serta dilaksanakan melalui PP 36/2013. Penambahbaikan tersebut antara lain telah mengubah kod gaji dan membundarkan amaun gaji minimum dan maksimum dalam JGMM yang turut memberi kesan kepada gaji permulaan dalam skim perkhidmatan yang ditetapkan pada gaji minimum.

Pelaksanaan

Surat pekeliling perkhidmatan ini hanya memaklumkan mengenai penetapan gaji permulaan yang baharu dalam skim perkhidmatan berikutan penambahbaikan tersebut. Syarat-syarat lain yang ditetapkan dalam perbekalan umum skim perkhidmatan seperti di Lampiran A adalah terpakai dan surat pekeliling perkhidmatan ini hendaklah dibaca bersekali dengan skim perkhidmatan yang berkuat kuasa.

Penetapan gaji permulaan bagi 252 skim perkhidmatan yang berkuat kuasa adalah seperti di Lampiran B. Perubahan penetapan gaji permulaan ini hanya terpakai kepada pegawai yang dilantik mulai 1 November 2013.

Kesemua skim perkhidmatan yang diluluskan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 – Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan, pekeliling dan surat pekeliling perkhidmatan serta surat pelaksanaan mengenai penggubalan, perubahan dan penjumudan skim perkhidmatan dalam tempoh 1 November 2002 sehingga kini seperti di Lampiran C kekal berkuat kuasa.

 

Tarikh Kuat Kuasa

Surat pekeliling perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 November 2013 kecuali bagi skim-skim perkhidmatan berikut:

Pembatalan

Dengan berkuat kuasanya surat pekeliling perkhidmatan ini, maka Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 adalah dibatalkan.

SPP Bil.01/2014 Pekeliling Perubahan Penetapan Gaji Permulaan Berikutan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Tahun 2013 Dan Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum – Maksimum Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk memaklum dan melaksanakan perubahan penetapan gaji permulaan bagi skim perkhidmatan yang berkuat kuasa selaras dengan penambahbaikan skim-skim perkhidmatan yang dilaksanakan pada tahun 2013 serta penambahbaikan struktur Jadual Gaji Minimum – Maksimum (JGMM) di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 36 Tahun 2013 – Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum – Maksimum Gred 1 Hingga Gred 54 Di Bawah Sistem Saraan Malaysia (PP 36/2013).

Nama Pekeliling : Perubahan Penetapan Gaji Permulaan Berikutan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Tahun 2013 Dan Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum – Maksimum Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Format Fail : PDF

Download :SPP Bil.01/2014 Pekeliling Perubahan Penetapan Gaji Permulaan Berikutan Penambahbaikan Skim Perkhidmatan Tahun 2013 Dan Penambahbaikan Jadual Gaji Minimum – Maksimum Di Bawah Sistem Saraan Malaysia

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Add Comment

error: Content is protected !!