SPP Bil.01/2006 Pekeliling Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi

Pekeliling Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi

Tujuan Pekeliling Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi dikeluarkan

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai fesyen pakaian alternatif kepada pakaian sedia ada yang sesuai dipakai oleh pegawai perkhidmatan awam semasa bekerja dan menghadiri upacara rasmi.

Latar Belakang

Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 telah menetapkan jenis pakaian yang boleh dipakai oleh pegawai perkhidmatan awam semasa bekerja dan semasa menghadiri upacara rasmi. Di samping jenis pakaian tersebut, Kerajaan telah bersetuju untuk menggariskan fesyen pakaian alternatif yang sesuai dan boleh dipakai oleh pegawai perkhidmatan awam semasa bekerja dan semasa menghadiri upacara rasmi.

Fesyen Pakaian Alternatif Pegawai Lelaki

Fesyen pakaian alternatif bagi pegawai lelaki adalah seperti berikut:

Fesyen pakaian alternatif bagi pegawai lelaki adalah seperti berikut:

Fesyen Pakaian Batik Malaysia Alternatif Pegawai Lelaki

Pakaian batik Malaysia hendaklah dipakai oleh pegawai perkhidmatan awam semasa bekerja pada 1 hb. dan 15 hb. setiap bulan atau semasa menghadiri upacara rasmi yang mensyaratkan pemakaiannya. Sehubungan itu, fesyen pakaian batik Malaysia alternatif pegawai lelaki yang boleh dipakai pada hari atau upacara tersebut ialah:

FESYEN PAKAIAN BATIK MALAYSIA ALTERNATIF PEGAWAI LELAKI

Pakaian Wanita

Pegawai wanita boleh memakai pakaian sedia ada seperti pakaian kebangsaan baju kurung atau kebaya atau pakaian-pakaian kaum masing-masing yang sesuai dipakai semasa bekerja atau semasa menghadiri upacara rasmi selaras dengan peraturan sekarang.

 

Pengecualian

Pegawai yang disyaratkan memakai pakaian seragam dan dibekalkan dengan pakaian berkenaan hendaklah sentiasa memakainya semasa bekerja seperti yang ditetapkan dalam peraturan sekarang.

Tarikh Kuat Kuasa

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.

Pemakaian

Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan.

SPP Bil.01/2006 Pekeliling Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi

Secara ringkasnya, pekeliling ini menjelaskan mengenai fesyen pakaian alternatif kepada pakaian sedia ada yang sesuai dipakai oleh pegawai perkhidmatan awam semasa bekerja dan menghadiri upacara rasmi.

Nama Pekeliling : Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi

Format Fail : PDF

Download : SPP Bil.01/2006 Pekeliling Fesyen Pakaian Alternatif Sebagai Pakaian Semasa Bekerja dan Menghadiri Upacara Rasmi

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!