SPP Bil.01/2002 Pekeliling Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia SPM Mengikut Sistem Terbuka Bagi Maksud Pelantikan ke Perkhidmatan Awam

Pekeliling Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia SPM Mengikut Sistem Terbuka Bagi Maksud Pelantikan ke Perkhidmatan Awam

Tujuan Pekeliling Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia SPM Mengikut Sistem Terbuka Bagi Maksud Pelantikan ke Perkhidmatan Awamdikeluarkan

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan kaedah penarafan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut sistem terbuka berbanding dengan kelulusan Sijil Penuh SPM bagi maksud pelantikan ke perkhidmatan awam.

Latar Belakang

Kerajaan telah melaksanakan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut sistem terbuka mulai tahun 1999. Di bawah sistem ini seseorang calon layak mendapat Sijil SPM dengan syarat sekurang-kurangnya lulus mata pelajaran Bahasa Melayu.

Dalam semua skim perkhidmatan yang mensyaratkan syarat lantikan pada peringkat kelulusan SPM, dinyatakan bahawa calon mestilah “lulus” SPM bagi membolehkan dilantik ke sesuatu perkhidmatan. Sijil SPM mengikut sistem terbuka tidak dapat menunjukkan dengan mudah sama ada seseorang calon sebenarnya telah mencapai tahap “lulus” sebagaimana yang dimaksudkan dalam peperiksaan Sijil Penuh SPM mengikut sistem terdahulu. Keadaan ini boleh menimbulkan kesulitan kepada Pihak Berkuasa Melantik apabila melaksanakan urusan pelantikan calon-calon yang terlibat ke sesuatu skim perkhidmatan.

Kaedah Pelaporan Pencapaian Keputusan Peperiksaan SPM Mengikut Sistem Terbuka

Semua calon yang mengambil peperiksaan SPM mengikut sistem terbuka akan menerima Keterangan Pencapaian Keputusan masing-masing. Takrifan peringkat atau simbol pada keputusan peperiksaan setiap mata pelajaran akan dikeluarkan seperti berikut:

Kaedah Pencapaian Keputusan

Kelayakan SPM Mengikut Sistem Terbuka Untuk Lantikan ke Perkhidmatan Awam

Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka, syarat-syarat berikut perlu dipenuhi:

  • lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
  • lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut – turut; dan
  • memenuhi syarat Bahasa Melayu, sama ada Kepujian atau Lulus, dan subjek-subjek tertentu sepertimana disyaratkan dalam skim pekhidmatan.

Calon-calon yang tidak memiliki keputusan seperti di atas adalah tidak layak dipertimbang untuk maksud lantikan ke jawatan-jawatan yang mensyaratkan kelulusan SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Tindakan Pihak Berkuasa Melantik

Pihak Berkuasa Melantik hendaklah memasukkan kelayakan SPM seperti yang disebut di perenggan 5(a), (b) dan (c) di atas dalam setiap iklan jawatan yang mensyaratkan kelulusan berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan sebagai kelayakan masuk tambahan.

Walau apapun peruntukan yang tersebut di atas, kelulusan Sijil Penuh SPM atau kelayakan-kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan masih lagi diiktiraf bagi maksud pelantikan ke jawatan-jawatan Kumpulan Sokongan dalam perkhidmatan awam.

 

Tarikh Kuat Kuasa

Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.

Penutup

Pihak Berkuasa Melantik juga adalah dinasihatkan untuk menghubungi Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai pelaksanaan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini.

SPP Bil.01/2002 Pekeliling Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia SPM Mengikut Sistem Terbuka Bagi Maksud Pelantikan ke Perkhidmatan Awam

Secara ringkasnya, Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan kaedah penarafan kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut sistem terbuka berbanding dengan kelulusan Sijil Penuh SPM bagi maksud pelantikan ke perkhidmatan awam.

Nama Pekeliling : Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia SPM Mengikut Sistem Terbuka Bagi Maksud Pelantikan ke Perkhidmatan Awam

Format Fail : PDF

Download : SPP Bil.01/2002 Pekeliling Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia SPM Mengikut Sistem Terbuka Bagi Maksud Pelantikan ke Perkhidmatan Awam

Oleh : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia

Add Comment