SPI Bil.26/1998 Pekeliling Garis Panduan Kurikulum Prasekolah

Garis Panduan Kurikulum Prasekolah

 

Tujuan Pekeliling Garis Panduan Kurikulum Prasekolah dikeluarkan

Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan penggunaan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah, mulai daripada I Januari 1999.

Perhatian

Garis Panduan Kurikulum Prasekolah ini diterbitkan untuk memenuhi keperluan Seksyen 22, Akta Pendidikan 1996, yang memperuntukkan bahawa program dan kegiatan tiap-tiap tadika hendaklah berasaskan kepada garis panduan kurikulum untuk tadika, yang diluluskan oleh Y.B. Menteri Pendidikan. Rujukan juga dibuat kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah) 1997 yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 1998, terutamanya peraturan 3 yang menyebut bahawa:

“Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah, tiap-tiap tadika hendaklah menggunakan apa-apa bahan sebagaimana yang diarah oleh Ketua Pendaftar dan semasa ke semasa”.

Pelaksanaan

Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah diminta untuk memastikan bahawa semua tadika menggunakan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah ini mulai 1 Januari 1999. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan semua tadika di negeri Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan.

SPI Bil.26/1998 Pekeliling Garis Panduan Kurikulum Prasekolah

Secara ringkasnya, pekeliling ini dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan penggunaan Garis Panduan Kurikulum Prasekolah, mulai daripada I Januari 1999.

Nama Pekeliling : Garis Panduan Kurikulum Prasekolah

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.26/1998 Pekeliling Garis Panduan Kurikulum Prasekolah

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment