SPI Bil.25/1998 Pekeliling Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan

Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan

 

Tujuan Pekeliling Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan dikeluarkan

Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan perlaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, berkuatkuasa mulai sesi persekolahan tahun 1999. Bagi perhatian Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan adalah mata pelajaran teras sebagaimana diperuntukan dalam Akta Pendidikan 1996.

Peruntukan masa

Peruntukan masa bagi Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan adalah seperti berikut:

Sekolah Rendah Tahap I (Tahun 1,2 dan 3) Pendidikan Jasmani: 84 waktu setahun x 30 minit Pendidikan Kesihatan: 42 waktu setahun x 30 minit

Sekolah Rendah Tahap ll (Tahun 4,5 dan 6) Pendidikan Jasmani: 60 waktu setahun x 30 minit Pendidikan Kesihatan: 24 waktu setahun x 30 minit

Sekolah Menengah (Tingkatan 1,2,3,4 dan 5) Pendidikan Jasmani: 60 waktu setahun x 40 minit Pendidikan Kesihatan: 24 waktu setahun x 40 minit

Sila rujuk Lampiran I dan Lampiran II untuk contoh agihan masa Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.

Guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan bagi sesebuah kelas hendaklah diajar oleh guru yang sama.

  1. Pakaian Guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1979 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 adalah dirujuk.
  2. Pakaian Murid Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1983 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1985 adalah dirujuk.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua sekolah di negeri Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan.

SPI Bil.25/1998 Pekeliling Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan

Secara ringkasnya, pekeliling ini memaklumkan perlaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, berkuatkuasa mulai sesi persekolahan tahun 1999.

Nama Pekeliling : Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.25/1998 Pekeliling Pelaksanaan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment