Isi Kandungan Pekeliling
Tujuan Pekeliling Kebenaran Bagi Murid-Murid Menduduki Peperiksaan Awam dikeluarkan
Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memperingat dan menegaskan kepada semua Pengetua dan Guru Besar bahawa murid-murid yang layak, mengikut syarat-syarat yang sedia ada, adalah berhak mengambil peperiksaan awam.
Perhatian
Pengetua dan Guru Besar tidak dibenarkan sama sekali menyekat mana-mana murid daripada mengambil peperiksaan, dengan apa alasan sekalipun, walaupun misalnya kerana bimbang pencapaian murid itu nanti akan menjejaskan prestasi keputusan peperiksaan keseluruhan sekolah. Murid-murid yang ditempatkan dalam kelas inklusif atau kelas percantuman (Program Pendidikan Khas) di sekolah menengah dan sekolah rendah harian biasa, hendaklah juga dibenarkan mengambil peperiksaan awam UPSR, PMR, SPM atau sepertinya, bersama-sama dengan murid-murid lain. Walau bagaimanapun, dalam menyediakan analisis pencapaian peperiksaan, pihak sekolah bolehiah membuat analisis berasingan bagi murid-murid pendidikan khas.
Pelaksanaan
Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua Pengetua dan Guru Besar di negeri Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan.
SPI Bil.23/1998 Pekeliling Kebenaran Bagi Murid-Murid Menduduki Peperiksaan Awam
Secara ringkasnya, pekeliling ini menegaskan kepada semua Pengetua dan Guru Besar bahawa murid-murid yang layak, mengikut syarat-syarat yang sedia ada, adalah berhak mengambil peperiksaan awam.
Nama Pekeliling : Kebenaran Bagi Murid-Murid Menduduki Peperiksaan Awam
Format Fail : PDF
Download : SPI Bil.23/1998 Pekeliling Kebenaran Bagi Murid-Murid Menduduki Peperiksaan Awam
Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia