SPI Bil.22/1998 Pekeliling Penempatan dan Pertukaran Guru Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains Mengikut Keperluan Perkhidmatan

Penempatan dan Pertukaran Guru Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains Mengikut Keperluan Perkhidmatan

 

Tujuan Pekeliling Penempatan dan Pertukaran Guru Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains Mengikut Keperluan Perkhidmatan dikeluarkan

Dengan Surat Pekeliling lkhtisas ini, semua Pengarah Pendidikan Negeri adalah diminta memastikan bahawa tenaga guru opsyen Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains digunakan secara optimum mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan.

Latar Belakang

Berasaskan maklumat yang diperolehi, Kementerian Pendidikan mendapati keadaan yang tidak seimbang dalam taburan penempatan guru opsyen Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, disekolah rendah dan menengah di negeri-negeri. Terdapat daerah atau sekolah yang mempunyai kelebihan guru manakala pada masa yang sama pula terdapat daerah atau sekolah yang mengalami kekurangan guru. Taburan yang tidak seimbang ini telah menyebabkan guru-guru Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains tidak mengajar mata pelajaran opsyen masing-masing dan kemahiran mereka tidak dapat digunakan sepenuhnya.

Penempatan Guru Lepasan Maktab dan Universiti

Penempatan guru-guru baru di sekolah rendah dan menengah adalah berdasarkan kepada keperluan negeri dan opsyen berkenaan. Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah menempatkan guru-guru berkenaan ke sekolah-sekolah yang masih menghadapi kekurangan guru, khususnya bagi opsyen Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Dalam melaksanakan penempatan tersebut, Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah mengutamakan keperluan perkhidmatan daripada memberi pertimbangan kepada aspekaspek lain.

Penempatan Semula Guru-Guru Terlatih Di Sekolah Rendah dan Di Sekolah Menengah

Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah menyemak kedudukan guru-guru opsyen Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains yang tidak mengajar mata pelajaran opsyen masing-masing dan membuat penyusunan semula supaya tenaga dan kemahiran guru-guru tersebut dapat digunakan sepenuhnya. Sekiranya terdapat lebihan guru opsyen berkenaan di sekolah-sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah memindahkan mereka ke sekolah lain dalam daerah yang sama atau ke kawasan yang berhampiran supaya tidak melibatkan pembayaran elaun perpindahan oleh Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pendidikan.

Pertukaran Guru Antara Negeri atau Dalam Negeri

Kementerian Pendidikan telah menetapkan bahawa semua pertukaran guru antara negeri dan dalam negeri dilakukan secara berjadual iaitu pada awal tahun dan pada pertengahan tahun (2 kali sahaja). Walau bagaimanapun, Jabatan Pendidikan Negeri dan Bahagian-Bahagian yang terlibat di Kementerian Pendidikan bolehlah memberi pertimbangan khas untuk meluluskan pertukaran guru jika didapati permohonan itu memenuhi kepentingan perkhidmatan.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian dan sekolah di negeri Y.Bhg. Dato’/ Datin/Tuan/Puan.

SPI Bil.22/1998 Pekeliling Penempatan dan Pertukaran Guru Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains Mengikut Keperluan Perkhidmatan

Secara ringkasnya, pekeliling ini menyuruh semua Pengarah Pendidikan Negeri adalah memastikan tenaga guru opsyen Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains digunakan secara optimum mengikut keperluan dan kepentingan perkhidmatan.

Nama Pekeliling : Penempatan dan Pertukaran Guru Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains Mengikut Keperluan Perkhidmatan

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.22/1998 Pekeliling Penempatan dan Pertukaran Guru Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains Mengikut Keperluan Perkhidmatan

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Vote 5 Stars

Add Comment

error: Content is protected !!