SPI Bil.21/1998 Pekeliling Persediaan Menghadapi Bencana Alam

Persediaan Menghadapi Bencana Alam

 

Tujuan Pekeliling Persediaan Menghadapi Bencana Alam dikeluarkan

Pekeliling ini bertujuan untuk memberitahu pihak sekolah agar mengambil langkah keselamatan dan langkah berjaga-jaga lebih awal dengan merancang strategi untuk mengatasi kesan buruk bencana alam seperti banjir.

Latar Belakang

Berpandukan kepada laporan kajicuaca Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca, Kementerian Sains, Teknologi dan Alarn Sekitar, hujan akan turun di antara 20% hingga 40% melebihi paras biasa mulai bulan Oktober, Cuaca diramalkan menjadi bertambah buruk disebabkan oleh hujan lebat yang disertai dengan angin ribut. Bencana alam seperti banjir, terutamanya di kawasan-kawasan tanah rendah, dijangka boleh melanda negara.

Peranan Pihak Sekolah

  1. Menubuhkan Jawatankuasa Bencana Alam.
  2. Menyediakan pelan tindakan menghadapi bencana banjir di peringkat sekolah.
  3. Menasihat dan mengingatkan pelajar supaya tidak mendedahkan diri kepada bahaya banjir dan angin ribut.
  4. Memindahkan rekod dan perkakasan penting sekolah ke tempat-tempat yang selamat.
  5. Memastikan sekolah mempunyai peralatan bantuan kecemasan.
  6. Memastikan sistem saliran dan perparitan di sekolah sentiasa dalam keadaan baik.
  7. Memastikan tebing-tebing di persekitaran sekolah yang berkemungkinan runtuh akibat hujan lebat diperkukuhkan.
  8. Membaik pulih mana-mana bahagian bangunan yang didapati uzur.
  9. Mengambil langkah mencegah dan langkah mengawal penyakit berjangkit dengan mendapatkan khidmat nasihat Pejabat Kesihatan.
  10. Mengambil perhatian serius terhadap pengumuman Jawatankuasa Bencana Alam Negara dan Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca dari semasa ke semasa.
  11. Menyediakan bantuan dan kemudahan kepada calon-calon yang mengambil peperiksaan awam.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua sekolah di negeri Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan.

SPI Bil.21/1998 Pekeliling Persediaan Menghadapi Bencana Alam

Secara ringkasnya, pekeliling ini memberitahu pihak sekolah agar mengambil langkah keselamatan dan langkah berjaga-jaga lebih awal dengan merancang strategi untuk mengatasi kesan buruk bencana alam seperti banjir.

Nama Pekeliling : Persediaan Menghadapi Bencana Alam

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.21/1998 Pekeliling Persediaan Menghadapi Bencana Alam

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment