SPI Bil.20/2000 Pekeliling Panduan Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam Di Sekolah-Sekolah

Panduan Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam Di Sekolah-Sekolah

 

Tujuan Pekeliling Panduan Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam Di Sekolah-Sekolah dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memberi panduan tentang penubuhan agama bukan Islam di Sekolaj-sekolah

Latar Belakang

Kementerian Pendidikan mendapat maklum bahawa telah timbul beberapa kekeliruan mengenai dasar dalam penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam di sekolah-sekolah.

Perhatian

Untuk makluman Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan, dalam Peraturan 4, PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998, Seksyen 130 AKTA PENDIDIKAN 1996 yang berkuatkuasa pada 21 Mei 1998, ada dinyatakan mengenai Penubuhan Persatuan Sekolah, di mana Guru Besar atau Pengetua, setelah menerima permohonan secara bertulis, hendaklah menubuh persatuan sekolah daripada kategori yang berikut:

  1. mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (KURIKULUM KEBANGSAAN) 1997.
  2. hobi dan rekreasi.
  3. sukan dan permainan.
  4. badan beruniform.
  5. apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar.

Jelas dalam Peraturan 4 bahawa Persatuan Bukan Agama Islam tidak termasuk dalam kategori (1), (2), (3) atau (4). Walau bagaimanapun, kategori (5) memberi kuasa khas kepada Pendaftar, iaitu Pengarah Pendidikan Negeri, untuk meluluskan apa-apa persatuan lain sebagai persatuan yang berdaftar di sekolah. Dalam kata lain persatuan bukan agama Islam boleh ditubuhkan di sekolah-Sekolah setelah Pendaftar membuat pertimbangan dan berpuas hati dengan permohonan yang diterimanya secara bertulis.

Pendirian Kementerian Pendidikan Dalam Isu Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam di Sekolah-Sekolah

  1. Mana-mana sekolah yang sudah ada Kelab Agama Bukan Islam, maka kelab tersebut bolehlah diteruskan.
  2. Sekiranya ada permohonan baru di kalangan murid atau guru untuk menubuhkan kelab-kelab bukan agama islam, maka ia hendaklah mengikuti PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998.
  3. Sekiranya ingin mengadakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan penyertaan orang luar bagi membantu dalam melaksanakan aktiviti-aktivitinya, maka hendaklah juga mematuhi segala arahan dan peraturan yang sedang berkuatkuasa.

Perkara Perlu diambil Kira Apabila Penubuhan diluluskan

  1. Aktiviti-aktiviti kelab hendaklah dirancang dan dilaksanakan dengan mengambil kira sensitiviti kebebasan beragama dan juga hakikat bahawa Islam adalah agama rasmi negara.
  2. tidak boleh menjalankan sebarang usaha atau aktiviti yang bertujuan untuk mempengaruhi dan mengembangkan kepercayaan atau anutan kepada murid-murid dari agama lain.
  3. keahlian sesuatu persatuan bukan agama Islam hanya untuk murid-murid yang menganuti agama itu sahaja dan tidak boleh diperluaskan kepada penganut agama lain.
  4. tidak ada apa juga bentuk paksaan kepada mana-mana murid untuk menganggotai kelab tersebut.
  5. tidak ada unsur paksaan kepada mana-mana murid untuk mengikuti aktivitiaktiviti kelab tersebut.
  6. Guru Penasihat hendaklah dilantik sendiri oleh Guru Besar atau Pengetua.
  7. Sebarang penglibatan pihak luar hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Pendaftar.

Sebab Persatuan Tersebut Akan dibubarkan

Adalah diingatkan bahawa Pendaftar, dalam Peraturan 12(1) PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN SEKOLAH) 1998, boleh secara bertulis, mengarah mana-mana persatuan sekolah dibubarkan jika berpuas hati bahawa persatuan itu mungkin digunakan bagi maksud:

  1. yang tidak memberi manfaat kepada murid dan guru.
  2. propaganda politik yang memudaratkan kepentingan Malaysia atau awam.
  3. yang memudaratkan kepentingan murid.
  4. yang melanggar mana-mana peruntukan Peraturan-Peraturan ini.

Pelaksanaan

Adalah diharapkan supaya Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan mengambil tindakan segera dengan memaklumkan kepada semua pegawai peringkat pentadbiran di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan sekolah mengenai perkara ini.

SPI Bil.20/2000 Pekeliling Panduan Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam Di Sekolah-Sekolah

Secara ringkasnya, pekeliling ini memberi panduan tentang penubuhan agama bukan Islam di Sekolaj-sekolah.

Nama Pekeliling : Panduan Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam Di Sekolah-Sekolah

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.20/2000 Pekeliling Panduan Penubuhan Persatuan Agama Bukan Islam Di Sekolah-Sekolah

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!