SPI Bil.20/1998 Pekeliling Tindakan Segera Terhadap Aduan Awam

Tindakan Segera Terhadap Aduan Awam

 

Tujuan Pekeliling Tindakan Segera Terhadap Aduan Awam dikeluarkan

Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memperingatkan semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian dan Sekolah supaya segera mengambil tindakan terhadap semua aduan awam yang diterima

Latar Belakang

Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan oleh Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri, mengenai kelewatan Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian dan Sekolah, dalam mengambil tindakan terhadap aduan awam. Ada aduan awam yang dikernukakan, sama ada oleh Biro Pengaduan Awam atau oleh pengadu sendiri, yang mengambil masa hingga setahun untuk dijawab. Kelewatan memberi jawapan ini menggambarkan keadaan seolah-seolah pihak pengurusan institusi pendidikan lemah dan tidak cekap menjalankan tugas. Keadaan sedemikian bukan sahaja menjejaskan imej dan kredibiliti Jabatan Pendidikan, Pejabat Pendidikan/Bahagian dan Sekolah, tetapi juga boleh menyebabkan isu yang diadukan itu menjadi lebih rumit untuk diselesaikan

Perkara yang Perlu dilakukan

  1. Jawapan memaklumkan penerimaan aduan hendaklah diberikan kepada pengadu walaupun Ketua Jabatan memutuskan aduan itu memerlukan siasatan yang lebih lanjut.
  2. Siasatan dan penyediaan laporan mengenainya hendaklah dilakukan dengan serta merta.
  3. Dalam menyempurnakan siasatan, jika perundingan difikirkan perlu, misalnya dengan ibu bapa atau penjaga murid, maka perkara-perkara berikut hendaklah diberi perhatian.
    1. Tempoh masa pemberitahuan dan masa perundingan hendaklah munasabah.
    2. Tujuan perundingan hendaklah dimaklumkan.
    3. Perundingan dijalankan secara terbuka.
  4. Apabila menerima aduan, Ketua Jabatan hendaklah mempastikan perkaraperkara seperti berikut direkodkan:
    1. Tarikh aduan diterima.
    2. Tarikh siasatan dimulakan.
    3. Tarikh laporan disiapkan.
    4. Nama penuh dan jawatan pegawai yang membuat siasatan.
  5. Nama orang yang tertuduh dalam aduan (jika ada) hendaklah sentiasa dirahsiakan.
  6. Hasil siasatan dan laporan mengenainya adalah rahsia Jabatan dan kerahsiaannya hendaklah sentiasa terjaga.
  7. Jika setelah tiga kali aduan yang dikemukakan oleh Biro Pengaduan Awam itu tidak dijawab, maka pegawai yang bertanggungjawab boleh dikenakan tindakan tatatertib.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian, Pengetua dan Guru Besar di negeri Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan.

SPI Bil.20/1998 Pekeliling Tindakan Segera Terhadap Aduan Awam

Secara ringkasnya, pekeliling ini memperingatkan semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian dan Sekolah supaya segera mengambil tindakan terhadap semua aduan awam yang diterima.

Nama Pekeliling : Tindakan Segera Terhadap Aduan Awam

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.20/1998 Pekeliling Tindakan Segera Terhadap Aduan Awam

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!