SPI Bil.18/2000 Pekeliling Penggalakan Aktiviti Fotografi Di Kalangan Murid Sekolah

 

Penggalakan Aktiviti Fotografi Di Kalangan Murid Sekolah

 

Tujuan Pekeliling Penggalakan Aktiviti Fotografi di Kalangan Murid Sekolah dikeluarkan

Pekeliling ini bertujuan untuk menyarankan kepada sekolah-sekolah di seluruh negara supaya menghidupkan semula minat murid-murid sekolah dalam bidang fotografi dengan mewujudkan Kelab Fotografi dan seterusnya mempergiatkan aktiviti ke arah mempopularkan hobi ini di kalangan murid-murid. Di samping itu, bidang ini juga membantu murid-murid sekolah ke arah celik IT kerana pada masa kini bidang fotografi telah mengalami perubahan pesat, termasuk perkembangan teknologi Kamera Digital.

Latar Belakang

Sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara, Kementerian Pendidikan Malaysia ingin menegaskan bahawa murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Berbagai-bagai cara boleh dilakukan di peringkat sekolah supaya perkembangan potensi individu dapat disesuaikan dengan minat dan bakat murid itu sendiri. Salah satu aktiviti yang pernah digemari oleh murid-murid ialah melalui kegiatan hobi dalam bidang fotografi.

Sebab-sebab Perkara Ini Perlu Dilaksanakan

  1. Murid berpeluang mengenali jenis-jenis kamera lama dan baru serta fungsinya.
  2. Murid berpeluang mempelajari teknik mengambil gambar dengan kamera biasa dan juga kamera digital.
  3. Murid mendapat pengetahuan tentang cara-cara memproses negatif filem dan mengedit gambar dengan menggunakan komputer dan seterusnya menghasilkan gambar yang telah diproses.
  4. Murid berpeluang mencuba satu kemahiran yang berguna dalam beberapa kerjaya, termasuk bidang perniagaan yang berkaitan dengan bidang fotografi.
  5. Pendedahan dan latihan dalam bidang fotografi dapat mengurangkan masa yang terluang bagi kegiatan-kegiatan yang tidak sihat dan perkara-perkara yang kurang berfaedah.
  6. Ahli Kelab Fotografi boleh menjadi jurugambar untuk semua aktiviti sekolah seperti Hari Anugerah Cemerlang, Hari Sukan, Hari Guru dan lain-lain.
  7. Murid-murid boleh mendapat kepuasan sendiri dengan kemahiran yang diperoleh untuk menghasilkan dan memproses sendiri gambar-gambar yang digemari.
  8. Gambar foto hasil daripada aktiviti ini boleh dipamerkan sebagai salah satu aktiviti murid dan Kelab Fotografi.

Cadangan Langkah-langkah Sekolah

  1. Menyediakan peralatan yang perlu dan sesuai untuk aktiviti fotografi di sekolah seperti ‘dark room’, kamera biasa, kamera digital, komputer dan mesin cetak.
  2. Menubuhkan Kelab Fotografi di sekolah dan mempergiatkan aktiviti-aktiviti fotografi yang menggunakan filem hitam putih/warna dan kamera digital.
  3. Mengadakan kursus fotografi di sekolah-sekolah yang mempunyai Kelab Fotografi.
  4. Mengadakan latihan/kursus untuk guru-guru Kelab Fotografi.
  5. Mengadakan kursus pemprosesan filem “hitam putih” dan penghasilan gambar hitam putih.
  6. Mengadakan studio pemprosesan di Pusat Kegiatan Guru/Pusat Sumber Negeri.
  7. Menyediakan latihan untuk guru-guru mengendalikan mesin pemprosesan gambar.
  8. Menyediakan mesin-mesin pemprosesan di sekolah-sekolah pilihan (percubaan).

 Pelaksanaan

Sila maklurnkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan.

SPI Bil.18/2000 Pekeliling Penggalakan Aktiviti Fotografi Di Kalangan Murid Sekolah

Secara ringkasnya, pekeliling ini menyarankan kepada sekolah-sekolah di seluruh negara supaya menghidupkan semula minat murid-murid sekolah dalam bidang fotografi dengan mewujudkan Kelab Fotografi

Nama Pekeliling : Penggalakan Aktiviti Fotografi Di Kalangan Murid Sekolah

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.18/2000 Pekeliling Penggalakan Aktiviti Fotografi Di Kalangan Murid Sekolah

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment