Isi Kandungan Pekeliling
Tujuan Pekeliling Penggunaan Budi Bicara Ketika Mengambil Tindakan dikeluarkan
Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memberitahu tentang penggunaan budi bicara ketika mengambil tindakan.
Latar Belakang
Sejak akhir-akhir ini terdapat aduan yang dikernukakan oleh ibu bapa dan penjaga pelajar yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tatacara yang digunakan oleh pihak sekolah dalam mengenakan tindakan ke atas pelajar. Setelah dikaji, Kementerian Pendidikan mendapati bahawa ada di antara aduan-aduan yang diterima itu mempunyai asas kebenarannya. Dalam hal ini, terdapat sekolah-sekolah yang tidak menggunakan kuasa budi bicara dalam menangani perkara-perkara yang tidak dinyatakan secara khusus dalam mana-mana peraturan atau surat pekeliling yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan.
Perhatian
Kementerian Pendidikan ada menyediakan berbagai peraturan dan surat pekeliling bagi panduan dan kemudahan Pengetua dan Guru Besar mengambil tindakan. Narnun demikian, tidak kesemua panduan dan surat pekeliling yang telah dikeluarkan itu menyediakan resipi yang lengkap bagi memudahkan sekolah menyelesaikan masalah yang berbangkit. Dalam keadaan sedemikian, Pengetua dan Guru Besar diperlukan menggunakan budi bicara menangani masalah-masalah yang dihadapi, terutamanya mengenai isu-isu semasa yang tidak diduga boleh berlaku atau mengenai isu-isu sensitif yang berkaitan dengan agama dan budaya sesuatu kaum.
Dalam menggunakan kuasa budi bicara, pertimbangan dan perhatian hendaklah diberikan kepada ketepatan membuat keputusan, di samping bersikap terbuka, bersedia mendengar pandangan dan tidak bersikap defensif. Perundingan hendaklah dilakukan dengan penuh hemah, berdiplomasi dan dilakukan dalam suasana yang harmonis. Sebarang tindakan yang diambil janganlah pula kemudiannya menimbulkan isu-isu yang boleh menjejaskan suasana harmonis di sekolah atau menggugat perhubungan baik di antara sekolah dengan komuniti setempat. Masalah yang berbangkit hendaklah dibincangkan di peringkat sekolah, dengan melibatkan pihak-pihak yang berkenaan, supaya keputusan dan kuasa budi bicara yang digunakan itu diterima oleh semua pihak sebagai tepat, adil dan mernuaskan.
Pelaksanaan
Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua sekolah di negeri Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan.
SPI Bil.18/1998 Pekeliling Penggunaan Budi Bicara Ketika Mengambil Tindakan
Secara ringkasnya, pekeliling ini memberitahu tentang penggunaan budi bicara ketika mengambil tindakan.
Nama Pekeliling : Penggunaan Budi Bicara Ketika Mengambil Tindakan
Format Fail : PDF
Download : SPI Bil.18/1998 Pekeliling Penggunaan Budi Bicara Ketika Mengambil Tindakan
Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia