SPI Bil.17/2002 Pekeliling Pelaksanaan Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah

PELAKSANAAN PENILAIAN PERKARA ASAS FARDHU AIN (PAFA) DI SEKOLAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH MENENGAH

 

Tujuan Pekeliling Pelaksanaan Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah dikeluarkan

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa Penilaian PAFA yang sedang dilaksanakan di sekolah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1994 : Penilaian Perkara Asas Fardhu ’Ain (PAFA) Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertarikh 12 Mac 1994 telah disemak semula. Penilaian PAFA Semakan ini akan dilaksanakan serentak dengan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR/KBSM Semakan bermula sesi Persekolahan 2003.

Buku Panduan

  1. Buku Panduan dan Rekod Pencapaian Penilaian Perkara Asas Fadhu Ain (PAFA) UPSR.
  2. Buku Panduan dan Rekod Pencapaian Penilaian Perkara Asas Fadhu Ain (PAFA) UPSR/PMR/SPM.
  3. Buku Panduan dan Rekod Pencapaian Penilaian Perkara Asas Fadhu Ain (PAFA) PANDUAN GURU.

Perhatian

Setiap murid Islam dan Guru Pendidikan Islam harus memiliki buku berkaitan. Sekiranya murid berpindah ke sekolah lain mereka hendaklah membawa bersama buku tersebut dan menyerahkan kepada guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam dikelasnya. Murid dan guru boleh membeli buku tersebut di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau cawangan-cawangannya. Setiap sekolah hendaklah memiliki sekurang-kurangnya satu set buku-buku tersebut sebagai rujukan.

Soalan yang akan ditanya semasa penilaian PAFA adalah tidak rahsia. Semua murid mesti lulus 100% kod-kod yang telah ditetapkan. Guru boleh menilai keupayaan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan pada bila-bila masa setelah murid bersedia. Guru bertanggungjawab membimbing secara berterusan dan mempastikan mereka menguasai setiap kod yang ditentukan.

Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1994 : Penilaian Perkara Asas Fardhu ’Ain (PAFA) Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertarikh 12 Mac 1994.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.

SPI Bil.17/2002 Pekeliling Pelaksanaan Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah

Secara ringkasnya, pekeliling ini memaklumkan bahawa Penilaian PAFA yang sedang dilaksanakan di sekolah mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1994 : Penilaian Perkara Asas Fardhu ’Ain (PAFA) Dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertarikh 12 Mac 1994 telah disemak semula.

Nama Pekeliling : Pelaksanaan Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.17/2002 Pekeliling Pelaksanaan Penilaian Perkara Asas Fardhu Ain (PAFA) di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment