SPI Bil.17/2000 Pekeliling Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-Sekolah

Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-Sekolah

 

Tujuan Pekeliling Penubuhan Kelab Rukun Negara di Sekolah-sekolah dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk meminta sekolah menengah menubuhkan Kelab/Persatuan Rukun Negara mulai tahun 2001. Syarat-syarat penubuhannya adalah sebagaimana yang terkandung dalam Peraturan Penubuhan Kelab/Persatuan Sekolah 1997.

Latar Belakang

Kementerian Pendidikan sentiasa mendokong dan melaksanakan apa juga aktiviti yang dianggap dapat memperkukuhkan lagi amalan dan penghayatan prinsip-prinsip Rukun Negara. Sungguhpun begitu, sejak kebelakangan ini ada tanda-tanda yang menunjukkan bahawa penghayatan Rukun Negara semakin berkurangan di kalangan pelajar sekolah. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan ras, fenomena seperti ini boleh menggagalkan sebarang usaha ke arah pembentukan negara yang bersatu padu dan harmonis. Dalam hal ini, institusi sekolah berperanan untuk memupuk dan menyemai pengetahuan, kesedaran dan amalan setlap prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara.

Kegiatan yang Boleh Dijalankan Oleh Kelab/Persatuan Rukun Negara

  1. Menjalin kerjasama antara pihak sekolah dengan agensi-agensi tertentu seperti Jabatan Perpaduan Negara dan Sektor Rukun Tetangga serta persatuan komuniti dan masyarakat setempat dalam menjalankan aktivitiaktiviti yang menfokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi di kalangan pelajar sekolah yang berbilang kaum dan keturunan.
  2. Menggalakkan sekolah-sekolah yang majoriti pelajarnya terdiri daripada satu kaum sahaja untuk meningkatkan kegiatan yang bercorak integrasi dengan sekolah-Sekolah lain melalui aktiviti-aktiviti bersama.
  3. Menjalankan pelbagai jenis aktiviti yang menjurus kepada penghayatan semua prinsip Rukun Negara.

Perhatian

Walaupun arahan penubuhan Kelab/Persatuan Rukun Negara ini ditujukan kepada sekolah menengah, sekolah rendahjuga adalah digalakkan untuk berbuat demikian. Walau bagaimanapun, sekiranya penubuhan Kelab/Persatuan Rukun Negara tidak dapat dilaksanakan di sekolah-Sekolah rendah, usaha yang bersesuaian hendaklah diambil supaya perkara-perkara seperti para ‘1’, ‘2’ dan ‘3’ dapat dilaksanakan.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah di negeri Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan.

SPI Bil.17/2000 Pekeliling Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-Sekolah

Secara ringkasnya, pekeliling ini meminta sekolah menengah menubuhkan Kelab/Persatuan Rukun Negara mulai tahun 2001. Syarat-syarat penubuhannya adalah sebagaimana yang terkandung dalam Peraturan Penubuhan Kelab/Persatuan Sekolah 1997.

Nama Pekeliling : Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-Sekolah

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.17/2000 Pekeliling Penubuhan Kelab Rukun Negara Di Sekolah-Sekolah

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!