SPI Bil.17/1998 Pekeliling Memasukkan Elemen Mencegah Rasuah Dalam Kurikulum Sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi

Memasukkan Elemen Mencegah Rasuah Dalam Kurikulum Sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi

Tujuan Pekeliling Memasukkan Elemen Mencegah Rasuah Dalam Kurikulum Sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi dikeluarkan

Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan persetujuan Kementerian Pendidikan untuk memasukkan elemen mengenai pencegahan rasuah dalam kurikulum sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi sebagaimana diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan Bil.2/98. Tindakan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk mencegah ancaman rasuah yang semakin meningkat dan menular.

Langkah-langkah

  1. Memperkukuhkan penerapan nilai-nilai murni merentas kurikulum melalui pengajaran dan pembelajaran setiap mata pelajaran;
  2. Memperkemas dan   memperkukuhkan   mata   pelajaran   Pendidikan   Islam dan Pendidikan Moral;
  3. Memasukkan tajuk-tajuk khusus mengenai keburukan rasuah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (peringkat menengah atas). Tajuk-tajuk yang boleh dibincangkan adalah seperti berikut:
    1. Definisi dan tafsiran rasuah;
    2. Jenis-jenis rasuah dan punca rasuah;
    3. Bahaya rasuah kepada diri, masyarakat dan negara;
    4. Cara-cara menangani gejala rasuah;
    5. Kesalahan dan hukuman rasuah. Tajuk-tajuk ini boleh dikendalikan dalam pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
    6. Memperkukuhkan penanaman nilai-nilai murni dan pencegahan sebarang salah laku melalui kegiatan kokurikulum;
  4. Menentukan setiap guru di sekolah menjadi “role model” yang baik dan segi amalan dan tingkah laku untuk dicontohi oleh pelajar.

Pelaksanaan

Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah diminta memaklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua sekolah di negeri Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan.

SPI Bil.17/1998 Pekeliling Memasukkan Elemen Mencegah Rasuah Dalam Kurikulum Sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi

Secara ringkasnya, pekeliling ini memaklumkan persetujuan Kementerian Pendidikan untuk memasukkan elemen mengenai pencegahan rasuah dalam kurikulum sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi.

Nama Pekeliling : Memasukkan Elemen Mencegah Rasuah Dalam Kurikulum Sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.17/1998 Pekeliling Memasukkan Elemen Mencegah Rasuah Dalam Kurikulum Sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!