SPI Bil.16/2000 Pekeliling Salah Laku Memasukkan Unsur Politik Dalam Soalan Peperiksaan/Ujian Di Sekolah Dan Perbuatan Menghasut/Meracuni Fikiran Pelajar Membenci Kerajaan

Salah Laku Memasukkan Unsur Politik Dalam Soalan Peperiksaan/Ujian Di Sekolah Dan Perbuatan Menghasut/Meracuni Fikiran Pelajar Membenci Kerajaan

Tujuan Pekeliling Salah Laku Memasukkan Unsur Politik Dalam Soalan Peperiksaan/Ujian Di Sekolah Dan Perbuatan Menghasut/Meracuni Fikiran Pelajar Membenci Kerajaan dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memberitahu akan salah laku memasukkan unsur politik dalam soalan peperiksaan/ujian di sekolah dan perbuatan menghasut/meracuni fikiran pelajar membenci kerajaan.

Antara Sikap Anti-kerajaan

  1. menyediakan soalan peperiksaan penggal dan ujian bulanan yang berbau politik;
  2. menghasut pelajar supaya membenci kerajaan yang memerintah;
  3. meracuni fikiran pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran supaya memandang rendah pemimpin-pemimpin negara;
  4. mengadakan ceramah, perbincangan, dan perbahasan yang mempunyai unsur membenci serta anti-kerajaan;
  5. mempengaruhi pelajar sehingga menyebabkan pelajar melukis atau melakar bentuk-bentuk lukisan yang memberi maksud membenci atau menyindir tindakan atau dasar kerajaan;
  6. memperlihatkan dengan jelas ketaksuban berpolitik anti-kerajaan dengan pelbagai cara baik secara langsung mahupun tidak langsung sama ada berbentuk lisan atau tulisan, ataupun melalui perhimpunan mingguan, perbualan, ceramah di surau, semasa kaunseling dan sebagainya; dan
  7. melakukan apa-apa sahaja amalan dan perbuatan yang bertentangan dengan Etika Profesion Keguruan.

Perhatian

Sukacita diambil perhatian bahawa Ketua Setiausaha Negara dalam arahannya yang bertarikh 5 Ogos 1999 {Rujuk: PM (S) 11287 Jld. 3} telah membuat larangan penglibatan pegawai-pegawai kerajaan dalam politik sebagaimana tercatat dalam Peraturan 21, PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Selain daripada itu, Ketua Setiausaha Negara juga telah mengingatkan semua pegawai kerajaan supaya berpegang teguh kepada prinsip ‘neutrality of the civil service’ dan memberikan sokongan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan yang memerintah.

Dalam arahan yang sama, Ketua Setiausaha Negara juga telah mengingatkan semua Ketua Jabatan agar mengambil perhatian serius terhadap larangan-larangan yang telah dibuat dan memastikan semua kakitangan awam memberi taat setia yang tidak berbelah bagi pada setiap masa dan ketika kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan sebagaimana yang tercatat dalam Peraturan 4(1), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Selain daripada itu, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia dalam Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 5/1999 bertarikh 11 Mei 1999 telah menegaskan bahawa semua kakitangan dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dilarang terlibat dalam aktiviti anti-kerajaan. Pegawaipegawai Perkhidmatan Pendidikan juga telah ditegah melakukan apa juga bentuk kegiatan berunsur politik, baik dalam pejabat, di kawasan sekolah ataupun dalam bilik darjah.

Dengan ini adalah diingatkan kepada semua pengetua dan guru besar bahawa pada masa akan datang, jika berlaku lagi perkara-perkara negatif yang dinyatakan di atas di sesebuah sekolah baik dalam apa bentuk sekalipun, maka pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini ialah PENGETUA dan GURU BESAR itu sendiri. Dalam hal ini, tindakan tatatertib bukan sahaja boleh diambil terhadap guru yang terlibat atau guru-guru berkenaan, tetapi tindakan tatatertib juga boleh diambil terhadap seseorang pengetua atau guru besar sekolah berkenaan kerana kelalaian menguatkuasakan peraturan yang telah ditetapkan.

Arahan-arahan yang Perlu dipatuhi kepada Pengetua dan Guru Besar

  1. Peraturan 4(1) dan Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib) 1993;
  2. Arahan Ketua Setiausaha Negara bertarikh 5 Ogos 1999 {PM(S)11287 Jid. 3} yang bertajuk: ‘Penglibatan Pegawai-Pegawai Kerajaan Dalam Politik’,
  3. Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 5/1999 bertarikh 11 Mei 1999 yang bertajuk: ‘Larangan Terhadap Penglibatan Pegawai-pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Staf Sokongan dan Murid Sekolah Dalam Kegiatan Politik AntiKerajaan.’
  4. Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 3/1987 bertarikh 11 November 1987 yang bertajuk: ‘Penyeliaan Pengajaran-Pembelajaran Di Dalam Kelas Oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah; dan
  5. Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 4/1986 bertarikh 13 Mac 1986 yang bertajuk: ‘Panitia Mata Pelajaran’.

Perkara yang Perlu dipastikan

  1. mengingatkan semua pengetua dan guru besar bahawa pengetua dan guru besar adalah ‘accountable’ dan bertanggungjawab meluluskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan di sekolah;
  2. memastikan setiap sekolah mempunyai Manual Prosedur Kerja pengurusan kurikulum yang secara bertulis mengandungi tatacara pengurusan panitia serta prosedur dan peraturan peperiksaan dan penilaian;
  3. menentukan bahawa soalan-soalan peperiksaan dan ujian di sekolah hanya boleh dikendalikan secara sah setelah ia diluluskan oleh Pengetua dan Guru Besar yang berkenaan; dan
  4. mengawasi segala ceramah, ucapan dan aktiviti yang diadakan dalam kawasan sekolah serta pengajaran-pembelajaran guru dalam kelas yang boleh ditafsirkan sebagai berbau politik, menyebelahi mana-mana parti politik ataupun unsur-unsur menentang kerajaan serta dasar-dasar kerajaan dan Kementerian Pendidikan.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah, Pengetua/Guru Besra dan guruguru di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan.

SPI Bil.16/2000 Pekeliling Salah Laku Memasukkan Unsur Politik Dalam Soalan Peperiksaan/Ujian Di Sekolah Dan Perbuatan Menghasut/Meracuni Fikiran Pelajar Membenci Kerajaan

Secara ringkasnya, pekeliling ini memberitahu akan salah laku memasukkan unsur politik dalam soalan peperiksaan/ujian di sekolah dan perbuatan menghasut/meracuni fikiran pelajar membenci kerajaan.

Nama Pekeliling : Salah Laku Memasukkan Unsur Politik Dalam Soalan Peperiksaan/Ujian Di Sekolah Dan Perbuatan Menghasut/Meracuni Fikiran Pelajar Membenci Kerajaan

Format Fail : PDF

Download : SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 16/2000: Salah Laku Memasukkan Unsur Politik Dalam Soalan Peperiksaan/Ujian Di Sekolah Dan Perbuatan Menghasut/Meracuni Fikiran Pelajar Membenci Kerajaan

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment