SPI Bil.16/1998 Pekeliling Menangani Kegiatan Gengster Di Sekolah

Menangani Kegiatan Gengster Di Sekolah

 

Tujuan Pekeliling Menangani Kegiatan Gengster di Sekolah dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menangani kegiatan gengster di sekolah.

Latar Belakang

Penglibatan pelajar dalam kegiatan gengster sejak akhir-akhir ini sering mendapat liputan di akhbar-akhbar. Pendedahan yang dibuat oleh akhbar menimbulkan kebimbangan di kalangan banyak pihak terutamanya ibu bapa. Laporan akhbar mengenai pelajar yang terlibat dalam kegiatan gengster diperkukuhkan lagi dengan dapatan Kementerian Pendidikan, hasil daripada perternuan dengan Guru Besar, Pengetua, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah dan Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri.

Perhatian

Kementerian Pendidikan telah dimaklumkan bahawa kegiatan gengster sememangnya terdapat di sekolah-sekolah walaupun ada di antara sekolah yang terlibat tidak mahu mengakuinya. Terdapat sekolah yang tidak melaporkan insiden-insiden kegiatan gengster kerana tidak mahu nama sekolahnya terjejas. Pelajar-pelajar yang menyertai kegiatan gengster didapati mengganggu ketenteraman sekolah dan pelajar-pelajar lain dengan cara mengancam, mengugut atau memeras wang. Fenomena seumpama ini menggambarkan seolah-olah pihak sekolah tidak memainkan peranan yang sewajarnya dalam membendung kegiatan gengster dari menular ke sekolah,

Tindakan Pemulihan

  1. Profil pelajar yang terlibat hendaklah dikumpul.
  2. Bagi pelajar yang terlibat, hendaklah diketahui sejauh mana penglibatannya.
  3. Ibu bapa atau penjaga pelajar yang terlibat hendaklah dimaklumkan untuk mendapat kerjasama dalarn menangani masalah ini.
  4. Pelajar yang terlibat hendaklah dirujuk kepada kaunselor sepenuh masa untuk proses kaunseling.
  5. Jika diketahui bahawa keterlibatan pelajar adalah disebabkan oleh masalah keretakan rumah tangga kedua ibu bapanya maka kesnya perlu dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  6. Program-program khas seperti ceramah, pameran, kursus motivasi dan kepimpinan diadakan dan semasa ke semasa, khususnya untuk pelajar yang terlibat.

Tindakan Pencegahan

  1. Mengingatkan pelajar dalam perhimpunan sekolah mengenai keburukan kegiatan gengster dan kesan melibatkan diri dalam kegiatan tersebut.
  2. Menegaskan kepentingan dan keperluan menjalani cara hidup yang positif melalui pengajaran mata pelajaran moral dan agama.
  3. Menerapkan nilai-nilai murni semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah.
  4. Mengadakan ceramah-ceramah khas mengenai keburukan kegiatan gengster dengan melibatkan pihak Polis dan Penjara.
  5. Menganjurkan kempen “Basmi Kegiatan Gengster” di sekolah.

Pelaksaan

Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah diminta memaklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua sekolah di negeri Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan.

SPI Bil.16/1998 Pekeliling Menangani Kegiatan Gengster Di Sekolah

Secara ringkasnya, pekeliling ini bertujuan untuk menangani kegiatan gengster di sekolah.

Nama Pekeliling : Menangani Kegiatan Gengster Di Sekolah

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.16/1998 Pekeliling Menangani Kegiatan Gengster Di Sekolah

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!