SPI Bil.15/2002 Pekeliling Pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

PELAKSANAAN KURIKULUM PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Tujuan Pekeliling Pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dikeluarkan

Surat Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan bahawa Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadikan kerajaan, bantuan kerajaan, bukan kerajaan dan swasta mulai 1 Januari 2003.

Pemakaian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia terbitan Tahun 2002 hendaklah digunakan bagi murid-murid berumur lima hingga enam tahun. Bagi murid-murid berumur empat hingga lima tahun tadika bolehlah mengubahsuai Kurikulum tersebut selaras dengan keupayaan dan kebolehan murid-murid.

Bahan Kurikulum

Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berdasarkan dan menggunakan bahan-bahan yang ditetapkan dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia terbitan tahun 2002.

Peruntukan Masa Pengajaran dan Pembelajaran

  1. Peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Prasekolah Kebangsaan adalah sekurang-kurangnya tiga (3) jam sehari pada setiap hari persekolahan.
  2. Bagi tadika yang bahasa pengantarnya adalah Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina atau Bahasa Tamil pengajaran Bahasa Kebangsaan hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua (2) jam seminggu.
  3. Bagi tadika yang bahasa pengantarnya adalah Bahasa Kebangsaan pengajaran Bahasa Inggeris hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua (2) jam seminggu.
  4. Sementara bagi tadika yang bahasa pengantarnya adalah Bahasa Cina atau Bahasa Tamil, pengajaran Bahasa Inggeris hendaklah diadakan sekurang-kurangnya satu (1) jam seminggu.
  5. Pengajaran Pendidikan Islam juga hendaklah diadakan bagi tadika yang mempunyai lima (5) orang atau lebih murid beragama Islam dan pengajaran Pendidikan Moral bagi tadika yang mempunyai lima (5) orang atau lebih murid bukan beragama Islam sekurang-kurangnya dua (2) jam seminggu.

Perhatian

Surat Pekeliling ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan) 2002.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah, Guru Besar sekolah rendah serta semua tadika kerajaan, bantuan kerajaan, bukan kerajaan dan swasta di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.

SPI Bil.15/2002 Pekeliling Pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

Secara ringkasnya, pekeliling ini memaklumkan bahawa Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadikan kerajaan, bantuan kerajaan, bukan kerajaan dan swasta mulai 1 Januari 2003.

Nama Pekeliling : Pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.15/2002 Pekeliling Pelaksanaan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment

error: Content is protected !!