SPI Bil.15/2000 Pekeliling Peraturan Secara Pentadbiran Supaya lbu/Bapa/Penjaga Dibenar Menandatangani Borang Rasmi

Peraturan Secara Pentadbiran Supaya lbu/Bapa/Penjaga Dibenar Menandatangani Borang Rasmi

 

Tujuan Pekeliling Peraturan Secara Pentadbiran Supaya lbu/Bapa/Penjaga Dibenar Menandatangani Borang Rasmi dikeluarkan

Pekeliling ini bertujuan untuk memaklumkan peraturan secara pentadbiran supaya lbu/bapa/penjaga dibenar menandatangani borang rasmi.

Latar Belakang

Kementerian Pendidikan mengambil maklum pandangan Kerajaan bahawa seringkali ibu seseorang anak dalam kes suami isteri yang bercerai atau ibu tunggal menghadapi masalah untuk mengisi borang tertentu yang memerlukan tandatangan bapa/penjaga anak berkenaan.

Perhatian

Sehubungan dengan itu, Kerajaan telah bersetuju supaya peraturan dibuat secara pentadbiran dengan menyediakan ruang dalam borang-borang tertentu yang membolehkan ibu selain dari bapa dan penjaga anak menandatangani borang tersebut. Walau bagaimanapun, peraturan ini tidak melibatkan hak penjagaan (guardianship), dan hanya terpakai bagi perkara-perkara tertentu sahaja seperti urusan persekolahan, permohonan biasiswa dan pinjaman pelajaran, permohonan passport, dan sebagainya.

Bagi melaksanakan keputusan Kerajaan ini, tindakan sewajarnya hendaklah diambil dengan menyediakan ruang untuk tandatangan ibu/bapa/penjaga dalam borang-borang yang digunakan di Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah dan sekolah.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua pegawai di Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian/Daerah serta Pengetua/Guru Besar sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Tuan/Puan.

SPI Bil.15/2000 Pekeliling Peraturan Secara Pentadbiran Supaya lbu/Bapa/Penjaga Dibenar Menandatangani Borang Rasmi

Secara ringkasnya, pekeliling ini memaklumkan peraturan secara pentadbiran supaya lbu/bapa/penjaga dibenar menandatangani borang rasmi.

Nama Pekeliling : Peraturan Secara Pentadbiran Supaya lbu/Bapa/Penjaga Dibenar Menandatangani Borang Rasmi

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.15/2000 Pekeliling Peraturan Secara Pentadbiran Supaya lbu/Bapa/Penjaga Dibenar Menandatangani Borang Rasmi

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment