Isi Kandungan Pekeliling
Tujuan Pekeliling Bidang Kuasa Penempatan & Pertukaran Guru Pendidikan Islam dikeluarkan
Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memaklumkan keputusan Kementerian Pendidikan bahawa semua urusan penempatan dan pertukaran guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah dipertanggungjawabkan kepada Sektor/Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Negeri. Manakala penempatan dan pertukaran guru Pendidikan Islam antara negeri pula akan terus dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Kementerian Pendidikan, seperti yang sedang diamalkan sekarang. Arahan ini berkuatkuasa dari tarikh Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan.
Latar Belakang
Penempatan dan pertukaran guru Pendidikan Islam wajar diurus dan diselaras oleh Sektor/ Unit Pendidikan Islam dan Moral di semua Jabatan Pendidikan Negeri. Penyelarasan tugas ini penting bukan sahaja bagi mewujudkan rangkaian komunikasi yang berkesan di antara Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Sektor/Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri, tetapi juga di antara sesama Sektor/Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri itu sendiri. Adalah kurang sesuai jika urusan penempatan dan pertukaran guru Pendidikan Islam dilakukan oleh selain daripada Sektor/ Unit Pendidikan Islam dan Moral.
Pelaksanaan
Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua sekolah di negeri Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan.
SPI Bil.15/1998 Pekeliling Bidang Kuasa Penempatan & Pertukaran Guru Pendidikan Islam
Secara ringkasnya, pekeliling ini memaklumkan keputusan Kementerian Pendidikan bahawa semua urusan penempatan dan pertukaran guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah dipertanggungjawabkan kepada Sektor/Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Negeri.
Nama Pekeliling : Bidang Kuasa Penempatan & Pertukaran Guru Pendidikan Islam
Format Fail : PDF
Download : SPI Bil.15/1998 Pekeliling Bidang Kuasa Penempatan & Pertukaran Guru Pendidikan Islam
Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia