SPI Bil.14/2002 Pekeliling Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003

PELAKSANAAN PENDIDIKAN WAJIB DI PERINGKAT RENDAH 2003

 

Tujuan Pekeliling Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003 dikeluarkan

Surat pekeliling ini adalah bertujuan untuk menjelaskan tatacara pelaksanaan pendidikan wajib di peringkat sekolah rendah 2003.

Latar Belakang

Akta Pendidikan 1996 telah dipinda dengan memasukkan satu seksyen baru, iaitu Seksyen 29A yang menetapkan kuasa Menteri untuk mewajibkan pendidikan rendah di negara ini. Seksyen 29A (2) juga menjelaskan bahawa setiap ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia hendaklah memastikan bahawa jika anaknya telah mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari dalam tahun persekolahan semasa anak itu didaftarkan sebagai murid di sekolah rendah dalam tahun itu dan terus menjadi murid di sekolah rendah sepanjang tempoh pendidikan wajib.

Perhatian

Kementerian Pendidikan menetapkan untuk melaksanakan pendidikan wajib di peringkat rendah berkuat kuasa pada 1 Januari 2003. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan buku Garis Panduan Pelaksanaan Pendidikan Wajib Di Peringkat Rendah 2003 untuk diguna pakai sebagai panduan Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan dalam melaksanakan pendidikan wajib di peringkat rendah yang bermula pada Januari 2003. Buku ini mengandungi perkara-perkara berikut :

  1. Mekanisme permohonan penempatan, pengesahan penempatan dan pendaftaran murid Tahun 1;
  2. Mekanisme penyiasatan murid cicir;
  3. Risalah atau ’pamplet’ untuk hebahan pendidikan wajib; dan
  4. Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Wajib) 2002.

Bagi melicinkan pelaksanaan tersebut, khususnya dalam penyiasatan murid cicir, Akta Pendidikan 1996 di bawah Seksyen 136 telah memperuntukkan pemberian kuasa untuk menyiasat seperti berikut :-

“Pada menjalankan kuasa di bawah subseksyen 136 (1) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru memberi kuasa kepada Pendaftar Sekolah dan Guru, Pegawai Pendidikan di daerah dan kawasan, guru besar, pengetua, guru penolong kanan (HEM), dan guru bimbingan di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan untuk menyiasat apa-apa perlakuan suatu kesalahan di bawah seksyen 29A Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Wajib) 2002, tertakluk kepada apa-apa garis panduan dan arahan yang dikeluarkanoleh Ketua Pendaftar dari semasa ke semasa mulai 1 Januari 2003. (Rujuk Lampiran 1).”

Tindakan perlu diambil bagi Kes-kes tersebut

  1. Murid-murid yang telah mengesahkan penempatan tetapi tidak hadir mendaftar di sekolah yang telah diluluskan selepas empat belas (14) hari dari hari pertama persekolahan tahun berkenaan;
  2. Aduan/laporan mengenai murid cicir yang diterima daripada orang awam; dan
  3. Kes murid cicir yang ada dalam pengetahuan Sekolah/Pejabat Pendidikan Daerah/Pejabat Pendidikan Bahagian/Jabatan Pendidikan Negeri.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas ini kepada semua sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.

SPI Bil.14/2002 Pekeliling Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003

Secara ringkasnya, pekeliling ini menjelaskan tatacara pelaksanaan pendidikan wajib di peringkat sekolah rendah 2003.

Nama Pekeliling : Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.14/2002 Pekeliling Pelaksanaan Pendidikan Wajib di Peringkat Rendah 2003

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Merangkap Ketua Pendaftar Sekolah dan Guru

Add Comment

error: Content is protected !!