SPI Bil.14/2000 Pekeliling Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah

 

Tujuan Pekeliling Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah dikeluarkan

Surat Pekeliling ini bertujuan memberi garis panduan kepada semua sekolah, dalam merancang dan melaksanakan program-program sempena sambutan Hari Kemerdekaan setiap tahun. Kementerian Pendidikan meminta setiap sekolah di seluruh negara merancang dan melaksanakan Aktiviti Utama dan Aktiviti Sampingan bagi mengisi sambutan tersebut.

Latar Belakang

Hari Kemerdekaan yang disambut setiap tahun mempunyai peranan yang sangat penting dalam membina sebuah negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat. Generasi muda yang bakal menjadi pewaris negara perlu memahami dan menghayati sejarah perjuangan mencapai kemerdekaan dalam erti kata yang sebenar. Kementerian Pendidikan Malaysia, antara agensi utama kerajaan, perlu mendidik dan membina generasi muda supaya mereka mempunyai rasa cinta kepada negara, sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan negarawan-negarawan ulung terdahulu dan mempunyai jati diri yang jitu. Di samping itu, mereka juga perlu mempunyai semangat patriotisme yang tinggi yang dapat dizahirkan dengan menghormati Lagu Kebangsaan dan Jalur Gemilang. Mereka hendaklah menjadi bangsa yang berani, tegas, dihormati dan berkeyakinan serta mempunyai komitmen yang tinggi untuk sedia berkorban demi kedaulatan agama, bangsa dan negara.

Aktiviti Utama

Semua sekolah dikehendaki mengadakan PERHIMPUNAN KHAS pada tarikh 30 Ogos setiap tahun. Sekiranya tarikh berkenaan merupakan hari cuti, perhimpunan ini hendaklah diadakan pada hari sebelumnya. Perhimpunan tersebut hendaklah sekurang-kurangnya mengandungi acara-acara yang berikut:

  1. mengibarkan Jalur  Gemilang;
  2. menyanyikan lagu  Negaraku  dan  lagu-lagu  patriotik;  dan
  3. laungan

Ativiti Sampingan

Pihak sekolah digalakkan untuk merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti sampingan, yang boleh diadakan sepanjang bulan Ogos setiap tahun. Antara aktiviti yang dicadangkan ialah:

  1. mengibarkan Jalur  Gemilang  di  bilik-bilik  darjah;
  2. menggalakkan murid mengibarkan  Jalur  Gemilang  yang  bersesuaian saiznya di kenderaan peribadi;
  3. mengadakan peraduan menulis esei, mendeklamasi puisi, melukis poster atau seumpamanya;
  4. mengadakan pertandingan pidato, syarahan, bahas, kuiz dan nyanyian lagu-lagu patriotik;
  5. mengadakan pertandingan/persembahan pentomen, sketsa dan drama;
  6. mengadakan pameran mengenai sejarah perjuangan kemerdekaan atau tokoh-tokoh setempat yang berjasa; dan
  7. aktiviti-aktiviti lain yang difikirkan sesuai oleh pihak sekolah.

Pelaksanaan

Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan.

SPI Bil.14/2000 Pekeliling Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Secara ringkasnya, pekeliling ini memberi garis panduan kepada semua sekolah, dalam merancang dan melaksanakan program-program sempena sambutan Hari Kemerdekaan setiap tahun.

Nama Pekeliling : Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.14/2000 Pekeliling Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment