SPI Bil.14/1998 Pekeliling Garis Panduan Pembinaan Surau Sekolah Rendah & Menengah

Garis Panduan Pembinaan Surau Sekolah Rendah & Menengah

 

Tujuan Pekeliling Garis Panduan Pembinaan Surau Sekolah Rendah & Menengah dikeluarkan

Surat Pekeliling lktisas ini dikeluarkan dengan tujuan memberikan garis panduan kepada sekolah-sekolah yang hendak membina surau atau bilik sembahyang di sekolah masing-masing supaya bertindak mengikut prosedur yang betul serta mematuhi peraturan-peraturan yang ada. Panduan ini hendaklah digunakan mulai dari tarikh Surat Pekeliling lktisas ini dikeluarkan.

Latar Belakang

Dalam pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), Pendidikan Islam antara lain memberikan penekanan kepada aspek penghayatan dan amali. Sehubungan dengan itu, kewujudan surau dan bilik sernbahyang menjadi penting dan perlu dalam usaha mengukuhkan pengajaran Pendidikan Islam di sekolahsekolah. Narnun demikian, hasil kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan mendapati masih banyak sekolah yang dibina sebelum Rancangan Malaysia Keenam (RM6) dan Rancangan Malaysia Ketujuh (RM7) yang belum mempunyai surau atau bilik sembahyang yang tetap dan sesuai untuk menjalankan kegiatan Pendidikan Islam selaras dengan kehendak kurikulum.

Tafsiran

  1. Istilah surau bermaksud satu bangunan tersendiri yang terpisah daripada bilik darjah dan terletak dalam kawasan sekolah, digunakan untuk bersembahyang dan kegiatan Pendidikan Islam oleh seluruh warga sekolah.
  2. Bilik sembahyang bermaksud bilik yang dibina bersambung dengan bangunan sekolah, digunakan untuk bersembahyang dan kegiatan Pendidikan Islam oleh seluruh warga sekolah.

Kebenaran Untuk Membina Surau

  1. Pelan bangunan surau atau bilik sembahyang perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Perbandaran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Bomba dan pihak-pihak lain yang berkaltan.
  2. Lokasi bangunan surau atau bilik sembahyang perlu dipersetujui oleh pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Pembiayaan

  1. Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan hanya memberi peruntukan kewangan bagi pembinaan bilik sembahyang sahaja. Bagi pembinaan surau, tiada peruntukan diberikan. Permohonan untuk mendapatkan peruntukan bagi pembinaan bilik sembahyang hendaklah dikernukakan melalui Jabatan Pendidikan Negeri kepada Bahagian Pembangunan, Penswastaan dan Bekalan Kementerian Pendidikan.
  2. Sekolah-sekolah yang hendak membina surau atau bilik sembahyang sendiri boleh memohon bantuan daripada individu, orang rarnai, pihak swasta dan lainlain, selain daripada Kerajaan, melalui Persatuan lbu Bapa dan Guru.
  3. Pungutan derma yang melibatkan pelajar hendaklah mematuhi peraturanperaturan yang sedia ada dan kandungan Surat Pekeliling lktisas Bil. 7/1983.

Prosedur Pembinaan

  1. Dari segi tapak binaan, Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah memastikan bahawa pelaksanaan projek tidak akan mengganggu projek-projek pembangunan yang akan datang di sekolah berkenaan.
  2. Bagi sekolah-sekolah yang belum mempunyai bilik sembahyang bolehlah membina bangunan tambahan bersambung dengan bangunan sekolah atau mengubahsuai bilik darjah yang sedia ada.
  3. Bilik sembahyang yang bersambung dengan bangunan sekolah hendaklah mengambil kira arah qiblat jika boleh dan reka bentuknya sesuai sebagai bilik sembahyang.
  4. Sekolah-sekolah yang akan membina surau atau bilik sembahyang hendaklah mengikut pelan, reka bentuk dan piawaian yang diluluskan oleh Jabatan Kerja Raya dan Kementerian Pendidikan.
  5. Bilik sembahyang seperti yang diperakukan oleh Kementerian Pendidikan dalam brif projek bangunan sekolah adalah seperti berikut.

Sekolah Menengah

  1. Sekolah yang  mempunyai  12  hingga  18  bilik darjah, keluasan  untuk bilik sembahyang = 90 meter persegi (4 petak = 7.5 meter panjang X 12 meter lebar).
  2. Sekolah yang mempunyai 24 hingga 36 bilik darjah,  keluasan untuk bilik sembahyang = 135 meter persegi (6 petak = 7.5 meter panjang X 18 meter lebar).
  3. Keluasan bilik wuduk = 45 meter persegi (2 petak = 7.5  meter panjang X 6 meter lebar) Dibahagi 2:1 bilik wuduk lelaki dan 1 bilik wuduk perempuan

Sekolah Rendah

  1. Sekolah yang mempunyai 12 hingga 30 bilik darjah, keluasan untuk bilik sembahyang = 90 meter persegi (4 petak = 7.5 meter panjang X 12 meter lebar).
  2. Keluasan bilik wuduk = 45 meter persegi (2 petak = 7.5 meter panjang X 6 meter lebar). Dibahagi 2:1 bilik wuduk lelaki dan 1 bilik wuduk perempuan.

Perhatian

sekiranya  pihak  sekolah  bercadang  untuk  membina atau mengubahsuai bilik sembahyang dengan keluasan yang berbeza daripada yang ditetapkan di atas, kebenaran dan kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri hendaklah diperolehi terlebih dahulu. Bilik sembahyang perlu mempunyai kabinet atau rak kayu untuk menyimpan keperluan-keperluan surau. Setelah projek pembinaan surau atau bilik sembahyang siap,bangunan atau bilik tersebut perlu diserahkan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri atau sekolah yang bertanggungjawab dari segi penggunaan, pengawasan, penyeliaan dan penyelenggaraan. Pihak  sekolah   hendaklah   mematuhi   syarat-syarat  yang   ditetapkan   oleh Jabatan Pendidikan Negeri dari semasa ke semasa.

Pelaksaan

Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lktisas ini kepada semua sekolah di negeri Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan.

SPI Bil.14/1998 Pekeliling Garis Panduan Pembinaan Surau Sekolah Rendah & Menengah

Secara ringkasnya, pekeliling ini memberikan garis panduan kepada sekolah-sekolah yang hendak membina surau atau bilik sembahyang di sekolah masing-masing supaya bertindak mengikut prosedur yang betul serta mematuhi peraturan-peraturan yang ada.

Nama Pekeliling : Garis Panduan Pembinaan Surau Sekolah Rendah & Menengah

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.14/1998 Pekeliling Garis Panduan Pembinaan Surau Sekolah Rendah & Menengah

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment