SPI Bil.13/2000 Pekeliling Pendaftaran Kegiatan Seni Bela Diri Di Sekolah-Sekolah

Pendaftaran Kegiatan Seni Bela Diri Di Sekolah-Sekolah

Perhatian

Surat Pekeliling lkhtisas ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 2/1997: Pengiktirafan Persatuan Seni Bela Diri Sebagai Pasukan Pakaian Seragam Sekolah.

Tujuan Pekeliling Pendaftaran Kegiatan Seni Bela Diri di Sekolah-sekolah dikeluarkan

Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk menetapkan ketetapan dalam pendaftaran kegiatan seni bela diri di sekolah-sekolah.

Latar Belakang

Kegiatan seni bela diri di sekolah-sekolah adalah salah satu kegiatan kokurikulum yang disenaraikan dalam kategori keanggotaan pasukan pakaian seragam. Tujuan utama kegiatan ini adalah untuk memupuk disiplin diri, kepimpinan dan kecergasan fizikal di kalangan pelajar sekolah. Dalam masa yang sama, kegiatan ini boleh menggalakkan pelajar-pelajar mengisi waktu lapang mereka dengan kegiatan yang berfaedah. Dalam hal ini, semua pihak yang terlibat dalam mengurus kegiatan ini di peringkat sekolah adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kegiatan ini bergerak selaras dengan matlamat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

Pelaksanaan

Sila maklumkan ketetapan ini kepada semua sekolah di negeri Y.Bhg. Dato’/Datuk/Tuan.

SPI Bil.13/2000 Pekeliling Pendaftaran Kegiatan Seni Bela Diri Di Sekolah-Sekolah

Secara ringkasnya, pekeliling ini menetapkan ketetapan dalam pendaftaran kegiatan seni bela diri di sekolah-sekolah.

Nama Pekeliling : Pendaftaran Kegiatan Seni Bela Diri Di Sekolah-Sekolah

Format Fail : PDF

Download : SPI Bil.13/2000 Pekeliling Pendaftaran Kegiatan Seni Bela Diri Di Sekolah-Sekolah

Oleh : Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

Add Comment